Thursday, 18 August 2016

CARA HILANGKAN PARUT DENGAN CEPAT???

 Assalamualaikum
hai
jumpa lagi

bulan puasa haritu
anak dara makincik
si hawa terkena periuk nasi panas

masa kejadian
kitorang 4 beranak duk tengok tv kat ruang tamu
bersantai-santai lepas buka puasa
haritu buka puasa makan ringan-ringan je
dah pukul 8 baru makincik masak nasi

lauk dah siap masak
tengah santai2 depan tv
 duk tunggu nasi masak dalam periuk
entah masa bila dia pergi ke dapur

tup-tup dengar dia menjerit
pastu bunyi tudung periuk belaga
tapi dia tak nangis
dia datang kat kitorang sambil genggam tangan yang kena periuk tu
dia kata sakit
sekali makincik tengok tangan dia dh melecur
tempat yang lecur tu dh terkoyak
T___________T

sebab dia genggam tempat melecur tu
bila tengok tangan dia macam tu
makincik apa lagi
kalut laaaa
dia pun apa lagi
terus meraung
haha
padahal sebelum tu dia tak nanges pun
mak kau yang kalut
hahahaha

makincik tak tau nak buat apa
teringat kaklong makincik haritu lecur kena air panas
dia letak colgate
ok tangan dia..tak jadi gelembung air tu
gelembung air tu yang perit kan??
mak incik pun ambik la ubat gigi
(colgate tadek kita guna fresh&white...harap2 boleh jadi white)
sapu kt tepi2 lecur tu
nak sapu atas tempat lecur tu takut pulak
sebab kulitnya dah terkoyak

setelah makincik buat postmoterm
(wahhhhh post moterm kate kooo)
dia kena periuk tu sikit je
tapi lecur banyak sebab kena wap nasi tu
nasi tu tengah mendidih masa dia buka periuk tu

iya!!!
dia buka periuk nasi sendiri
dia kata dia lapar
huhuhu
alahai anak
selalu kau mintak nasi kat mak
tak penah hayat pun ambil sendiri
haritu kau berdikari pulak nak ambik sendiri
huhu
(jangan buat mak rasa besalah nak...)

ni tangan dia masa hari ke dua

bangun pagi esoknya tengok tangan dia
mak aiiiiii
bengkak
huhuhu
sian betul tengoknye
mujur kena tu hari jumaat
esoknya sabtu memang cuti
kalau tak..mau cuti jaga anak
bagi dia g sekolah kang mau terkoyak teruk luka tu
duk taska ramai2 tu ada pulak yang terlanggar
budak2 kan lasak

mak incik bawak la dia g klinik
dapatlah cream apa ntah
cream tu sejuk
so tempat lecur tu tak la perit
tapi hazab nak sapu kt dia
melalak-lalak nangis
hahaha
mental jap mak kau nak sapu ubat

 ni tangan dia lepas 2 3 hari sapu cream sejuk tu
nampak dah kering
tapi dia kata sakit
yelah kulit baru tu nipis lagi
pedih la tu

dia kata kat taska kawan2 dia lari takut tengok tangan dia
haha
kelakar la budak2 ni
siap ada boy yang nak buat dia
dia g cakap kat budak tu
"haa buat la saya..nanti saya bagi ni" - sambil tunjuk luka lecur dia
terus boy tu tak jadi buat dia
haha
pandai juga kakak hawa protect diri ye


ni lepas kulit dia dah kering sepenuhnya
cuma belum tertanggal
(geram je mak ko tengok nak kopek2 kulit tu)

sampai sekarang dah pulih sepenuhnya
cuma tinggal parut
sian pulak tengok parut tu
harap-harap hilang la nanti
setakat ni makincik sapu bio oil je kat parut tu
bio oil tu makincik guna untuk sapu kat strechmark sebenarnya 
almaklumla...anak dua2 besar gedabak
harus lah rupa strechmark mak incik macam brownies kedut
tak nampak lagi keberkesanannya pada parut hawa
entah boleh ke hilang
kalau tengok iklan bio oil tu mcm yo-yo oo je boleh hilang
parut strechmark makincik tak hilang pun 
(padahal pakai tak istiqamah hew hewww)


ada cadangan nak bagi hilang parut dengan cepat???

bye
~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie


Tuesday, 16 August 2016

MENIAGA DI FESTIVAL RAMADHAN @ KOMPLEKS PKNS BANGI

Assalamualaikum
hai
suka di ingatkan
ini adalah entry tertangguh
heee

alkisah bulan puasa 2016
(kena mention tahun kang ada yang ingat kisah bulan puasa 1993 pulak)
 mak incik dan 2 orang kawan meniaga kat PKNS
sempena Festival Ramadhan 2016

ni first time la mak incik meniaga join event
selalu online je
kalau offline pun kat carbootsale tasik cempaka je

 asalnya saje borak2 ngan kawan 2 orang ni
cakap syok nye dapat meniaga bulan puasa ni
sebab dengar dari cerita peniaga2 yang selalu meniaga
bulan puasa ni kuasa membeli lain macam

yela kan
raya......
semua orang pun membeli kelengkapan raya 
ada duit ke takde duit ke
tak banyak, sikit pun orang akan beli juga
terutama kelengkapan anak-anak

ada sorang penganjur event cite kat mak incik...
songkok ni barang paling susah nak dapat time nak raya 
mak incik pun cakap la ngan kawan ni
rupanya pakcik dia supplier songkok
dah lama suruh dia jual
tapi dia keje...tadek sapa nak tolong jualkan
haaa...dari situ lah bermula kisah meniaga kitorang

 jumpa supplier-survey tapak-booking tapak-cari barang meniaga-setting booth
almost 2 bulan juga la persiapan
sampai la ke hari mula meniaga



 ni masa kitorang setting booth


 nilah booth kitorang
booth 'songkok malaya'
gambar penuh yang booth baru setting takde pulak
almaklumlah entry tertangguh katekan
gambar pun dah hilang ntah kemana
(hp makincik rosak time ni tau...sedih betul)


 ni budak hawa
pembantu setia makincik a.k.a model tudung budak
makincik jaga booth setiap sabtu ahad je
hari lain masa tak mengizinkan
hari biasa pakincik jaga booth siang
malam kawan-kawan makincik jaga
sabtu ahad makincik bawak la budak hawa ni
budak annas???
big NO!!!
tak jaga booth nanti
duk kejar dia
haih melasak sungguh yang sorang tu


ni antara barangan yang kitorang jual kat booth
selain dari songkok
ada butang baju melayu, pin shawl, shawl dewasa, shawl budak, kopiah ngan minyak wangi
seronok betul meniaga bulan puasa
betul la kata orang
bulan puasa ni lain macam sambutannya
orang membeli macam kena rasuk
hahaha
nak pulak 2 minggu sebelum raya
letih sungguh
tapi seronok!

butang baju melayu...pah ooo pah...butang baju melayu abang mana pahhhh

kopiah

pin shawl......


watak utama dalam booth...songkok!!!

shawl...macam macam kaler ada
shawl printed pun ada

minyak wangi - ada tester...keje makincik bila jaga booth ialah mengetest minyak wangi haha

ni shawl laku keras...shawl erwani....handmade shawl

ni masa cus datang...ini masa yang tak ramai..
kalau time ramai 
ya allah tak memang tangan melayan
ramai yg datang malam
yelah sejuk sikit kan nak membeli belah
selesa la sikit
siang tak ramai sangat
orang tak bejalan sangat kt booth luar..panas
silap2 boleh tergadai puasa
haha

alhamdulillah
walaupun ni kali pertama pengalaman meniaga ikut event
sambutan menggalakkan
walaupun keuntungan tak lah berlipat kaliganda
tapi alhamdulillah kira berjaya juga strategi kitorang

kot-kot ada reader yang jadi salah sorang cus booth 'songkok malaya'
mai la say hai kat makincik 
heee

insyaallah
ada rezeki tahun depan kita buka lagi booth
target lokasi berikutnya
"PUTRAJAYA"
tunggu kedatangan kitorang di sana ye
(errr....katanya sana lubuk duit..ye ke???heeee)


nota kaki :
bulan Jun bulan yang gila penat buat makincik dan pakincik
 dengan meniaga
dengan tak habis kemas rumah yang baru pindah nye
hohoiiiii
bila throwback ke bulan 6
rasa nak pengsan mengenangkan Jun
start ogos baru hidup kembali harmoni
harapnya kekal la harmoni sampai bila-bila
hahaha



bye
~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie




Monday, 15 August 2016

MALU I...hew hew hewww

 

ekekekek
malunya
segan pulak rasa nak update
walaupun kat blog sendiri
lama tuan rumah cuti

stay tuned ok
sikit lagi kita update
ratus2 entry seminggu
hahaha
matiklamakkkk
ok
 .
 .
 .
bye
~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie


Monday, 13 June 2016

RAWAT ECZEMA DENGAN AIR KANGEN - siri 2

assalamualaikum
hai
jumpa lagi


ingat lagi kisah aczema annas???
kalau ingat ok
kalau tak ingat
boleh la amalkan makan kismis minda
*gurau jeeee*

ni kisah nya
.
.
 .
.
.
.
ok
dah habis baca kisah yang dulu??
heee
kita kembali ke cerita sekarang

dipendekkan cerita
alhamdulillah
aczema annas dah beransur pulih

muka dah licin
kulit dah gebu
 gatal-gatal tiada lagi 
mujur ada air kangen!
*sila baca dengan nada dato vida dalam iklan pamoga untuk penghayatan cerita yang lebih mendalam*

lihat testimoni di bawah 
.
.
.
.
.
.
.

 gambar adalah original dari handphone mak incik
tanpa sebarang aplikasi media yang bertujuan meng'flawless'kan muka
apatah lagi camera 360
testimoni juga sedang tidur betul
bukan lakonan atau paksa-rela
nampak lena bukan???

heh
lena la
muka tak gatal
cerrrr kalau gatal
merengek tanpa henti!!
T____________________T

cuma yang tinggal kesan parut
 mungkin sebab aczema tu dah lama sgt duk menempek kat pipi dia
sebab tu berparut

ada suggestion produk apa nak guna untuk hilangkan parut???
 
haah la
tetibe teringat nak cari produk hilangkan parut
memandangkan anak dara mak incik pun tangan tengah berparut teruk tu
kena periuk nasi panas
T____T
kalau ada suggestion bagi la tau ye
sian pulak tengok tangan dia
*ha ni punca la nak entry pasal anak dara tu pulak haish*

nak cari obat...nak cari obat
nak cari obat...nak cari obat
nak cari obat...nak cari obat


bye
~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie


Sunday, 12 June 2016

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 2016

Assalamualaikum
hai
jumpa lagi
.
.
.
setelah sekian lama mak incik mereput
T___T

selamat berpuasa semua
sekejap je rasa masa berlalu kan
rasa macam baru je lagi puasa dan raya
tup tup dah puasa balik
tup tup dah puasa ke 8
*ko baru hegeh-hegeh nak ucap selamat berpuasa*
lol

alhamdulillah kita berkesempatan bertemu lagi dengan bulan yang mulia ni
harap dapat bertemu lagi untuk tahun-tahun yang mendatang

banyak benda nak cerita
tapi tu lah
peram
.
.
.
pastu lupa
 kalau ikan diperam
sedap juga
boleh buat pekasam
*ohoiii sedapnya makan pekasam goreng time sahur*
telan ailio

dah
sebelum lupa
baik mak incik list kan senarai cerita yang diperam
supaya tak lupa
haha
1. hutang - cite pasal pindah rumah
2. aktiviti bulan puasa
3. sambungan cerita air kangen

eh??
tiga je??
ingat banyak sangat
podacitttt
3 saja deyyy
tapi peram macam lah ada belasbelasjuta entry
 keji kau mak incik

 sebelum beransur 
terimalah ucapan 
selamat berpuasa kepada yang berpuasa
kepada yang tak berpuasa
ko pehal tak puasa???
umur 4 taon macam hawa ke??
heee

ps ;
ini gambar raya tahun lepas
mood raya tahun ni g ke laut
semenjak lepas raya tahun lalu
 tak balik-balik lagi sampai laaa ni
oiiiii mood raya...
ku seru kau.... 
datanglah kepada ku.......


bye
~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie
 
 

Thursday, 19 May 2016

RAWAT ECZEMA DENGAN AIR KANGEN

uiiiiii
tajukkkkkk
kelasss kau jahhh
ha dah macam jual produk pulak
hihihi

tak jual produklah
nak share cite je
pasal MILD ECZEMA dan AIR KANGEN

anak antan mak incik si annas tu ada mild eczema
start masa umur dia 3 ke 4 bulan macam tu lah
tapi dia bukan eczema yang extreme tu
ya Allah mintak simpang la kene camtu
yang mild ni pun dah hazabedah nak menjaga
kalau yang extreme tu nanges tak berentilah mak incik
ni masa awal-awal kemunculan eczema di pipi annas, pinkish macam pakai blusher uols..
ini kalau eczema dia mengganas la...berair-air pipi tu dengan air bisa T__T
ni kalau eczema dia tahap biasa-biasa tak mengganas
mulanya macam naik ruam kat pipi
orang kata ruam susu
 macam-macam la ubat, petua segala mak nenek kebayan lah mak incik try
kadang-kadang rasa macam pawang pun ada
tapi tu lah jap-jap ok...pastu naik balik
2 je kepantangan annas ni
panas-berpeluh dengan seafood
ada je salah satu tu
memang membiak la ruam kat pipi dia
tapi kat pipi dia belah kiri je..
tang lain takde
ntah kenapa la yang belah kiri tu payah betul nak baik nya
dulu ada juga kat pipi belah kanan
tapi ok dah
leher pun naik2 manja je
tak teruk
yang belah kiri tu teruk betul
nak-nak kalau mak incik makan seafood
dia bf lagi
tu yang kalau mak incik salah makan
dia yang terima padahnya
T____T
ampunkan mak kau dik

ada sekali tu
makan kat kedai
g hirup kuah tomyam pak incik
tomyam seafood
meraung-raung dia malam tu gatal
berair2 kat ruam tu
terus mak kau tobat tak makan dah!!!
huhu

hensem kan saya? ada eczema pun hensem, kalau takde, lagi lah hensem!!!haha
mak incik berjaga-jaga makan je la
n kalau panas sgt mandikan dia or apa2 lah untuk elakkan dia berpeluh sangat
tapi tu lah
kat rumah boleh la
dia kan 5 hari duk taska
tak kan pengasuh2 taska tu nak peratikan dia sorang je pulak kan
jadinya tu payah sikit nak elok
sebab bepeluh duk taska panas, bepeluh duk main-main kan
cuma boleh kawal dengan sabun sebamed je
sabun tu je dapat mengawal dari eczema dia dari merebak

nak jadikan cerita
mak sedara pak incik ni ada mesin air kangen ni
mesin ni dari jepun
katanya hospital-hospital kat jepun pasang mesin air ni
untuk kegunaan pesakit2 kulit 
(macam-macam jenis sakit kulit la bukan eczema je) 
mesin boleh setting untuk keluarkan air ikut ph yang kita perlukan
untuk kegunaan luar guna ph bawah dari ph 7
untuk minum ph 7 - ph 8.5
mak sedara pak incik bagi air ph 2.5 untuk annas
sembur je dekat tempat yang ada masalah
biar je kering sendiri
air ph 2.5 ni berfungsi sebagai anti septic
ada juga air beauty
tapi tu mak incik yang guna
kikiki
kallau berjaya jadi cantik nanti mak incik share ya!  
setakat ni nampak la perubahan pada annas
alhamdulillah makin ok dah nampaknya tempat yang gatal tu
belum pulih sepenuhnya

macam2 ubat dah guna sebelum ni
mungkin Dia izinkan hanya dengan berbalik pada yang fitrah
guna yang alami
bukan yang penuh dengan bahan kimia
kesian juga budak kecik tu
belum umur 2 tahun dah di tepek2 dengan bahan kimia
wallahu'alam
mak incik cuma ikhtiar
jika Dia izinkan
alhamdulillah 

ni lepas 2 minggu duk sembur muka annas dengan air kangen, alhamdulillah, nampak makin sembuh
 
doakan annas sembuh sepenuhnya
pernah dulu annas menangis-nangis malam sebab gatal
huhu
kesiannya kat dia
mak incik sekarang memang pangkah sepenuhnya seafood
especially udang dan sotong
sebab dua ni la yang selalu makan sebelum ni
lagipun dua watak utama ni lah yang selalu ada tersorok dalam menu2 kebanyakkan kedai
macam ketam kerang umang-umang obor-obor kuda laut dolphin  
memang jarang sangat lah mak incik makan
   alhamdulillah annas tak alah dengan telur dan ayam
ketidakkkkk
makin kerempeng lah mak kau dik
heeeeeeeee

ini mesin air kangen, mak incik tak mampu beli mesin ni, rege belas-belas ribu uolsss...mak incik hanya mampu belas kasihan pada diri untuk memiliki mesin ini...gambar : ihsan mr google

p/s : 
saya tak jual air kangen
saya juga takde mesin kangen
jangan kamo kangen sama gue ya!
haha
terima kasih baca
  


bye
~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie