Assalamualaikum
hai
suka di ingatkan
ini adalah entry tertangguh
heee
alkisah bulan puasa 2016
mak incik dan 2 orang kawan meniaga kat PKNS
sempena Festival Ramadhan 2016
ni first time la mak incik meniaga join event
selalu online je
kalau offline pun kat carbootsale tasik cempaka je
asalnya saje borak2 ngan kawan 2 orang ni
cakap syok nye dapat meniaga bulan puasa ni
sebab dengar dari cerita peniaga2 yang selalu meniaga
bulan puasa ni kuasa membeli lain macam
yela kan
raya......
semua orang pun membeli kelengkapan raya
ada duit ke takde duit ke
tak banyak, sikit pun orang akan beli juga
terutama kelengkapan anak-anak
ada sorang penganjur event cite kat mak incik...
songkok ni barang paling susah nak dapat time nak raya
mak incik pun cakap la ngan kawan ni
rupanya pakcik dia supplier songkok
dah lama suruh dia jual
tapi dia keje...tadek sapa nak tolong jualkan
haaa...dari situ lah bermula kisah meniaga kitorang
jumpa supplier-survey tapak-booking tapak-cari barang meniaga-setting booth
almost 2 bulan juga la persiapan
sampai la ke hari mula meniaga
ni masa kitorang setting booth
nilah booth kitorang
booth 'songkok malaya'
gambar penuh yang booth baru setting takde pulak
almaklumlah entry tertangguh katekan
gambar pun dah hilang ntah kemana
(hp makincik rosak time ni tau...sedih betul)
ni budak hawa
pembantu setia makincik a.k.a model tudung budak
makincik jaga booth setiap sabtu ahad je
hari lain masa tak mengizinkan
hari biasa pakincik jaga booth siang
malam kawan-kawan makincik jaga
sabtu ahad makincik bawak la budak hawa ni
budak annas???
big NO!!!
tak jaga booth nanti
duk kejar dia
haih melasak sungguh yang sorang tu
ni antara barangan yang kitorang jual kat booth
selain dari songkok
ada butang baju melayu, pin shawl, shawl dewasa, shawl budak, kopiah ngan minyak wangi
seronok betul meniaga bulan puasa
betul la kata orang
bulan puasa ni lain macam sambutannya
orang membeli macam kena rasuk
hahaha
nak pulak 2 minggu sebelum raya
letih sungguh
tapi seronok!
butang baju melayu...pah ooo pah...butang baju melayu abang mana pahhhh |
kopiah |
pin shawl...... |
watak utama dalam booth...songkok!!! |
shawl...macam macam kaler ada |
shawl printed pun ada |
minyak wangi - ada tester...keje makincik bila jaga booth ialah mengetest minyak wangi haha |
ni shawl laku keras...shawl erwani....handmade shawl |
ni masa cus datang...ini masa yang tak ramai..
kalau time ramai
ya allah tak memang tangan melayan
ramai yg datang malam
yelah sejuk sikit kan nak membeli belah
selesa la sikit
siang tak ramai sangat
orang tak bejalan sangat kt booth luar..panas
silap2 boleh tergadai puasa
haha
alhamdulillah
walaupun ni kali pertama pengalaman meniaga ikut event
sambutan menggalakkan
walaupun keuntungan tak lah berlipat kaliganda
tapi alhamdulillah kira berjaya juga strategi kitorang
kot-kot ada reader yang jadi salah sorang cus booth 'songkok malaya'
mai la say hai kat makincik
heee
insyaallah
ada rezeki tahun depan kita buka lagi booth
target lokasi berikutnya
"PUTRAJAYA"
tunggu kedatangan kitorang di sana ye
nota kaki :
bulan Jun bulan yang gila penat buat makincik dan pakincik
dengan meniaga
dengan tak habis kemas rumah yang baru pindah nye
hohoiiiii
bila throwback ke bulan 6
rasa nak pengsan mengenangkan Jun
start ogos baru hidup kembali harmoni
harapnya kekal la harmoni sampai bila-bila
hahaha
bye
~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie
No comments:
Post a Comment