Thursday, 18 August 2016

CARA HILANGKAN PARUT DENGAN CEPAT???

 Assalamualaikum
hai
jumpa lagi

bulan puasa haritu
anak dara makincik
si hawa terkena periuk nasi panas

masa kejadian
kitorang 4 beranak duk tengok tv kat ruang tamu
bersantai-santai lepas buka puasa
haritu buka puasa makan ringan-ringan je
dah pukul 8 baru makincik masak nasi

lauk dah siap masak
tengah santai2 depan tv
 duk tunggu nasi masak dalam periuk
entah masa bila dia pergi ke dapur

tup-tup dengar dia menjerit
pastu bunyi tudung periuk belaga
tapi dia tak nangis
dia datang kat kitorang sambil genggam tangan yang kena periuk tu
dia kata sakit
sekali makincik tengok tangan dia dh melecur
tempat yang lecur tu dh terkoyak
T___________T

sebab dia genggam tempat melecur tu
bila tengok tangan dia macam tu
makincik apa lagi
kalut laaaa
dia pun apa lagi
terus meraung
haha
padahal sebelum tu dia tak nanges pun
mak kau yang kalut
hahahaha

makincik tak tau nak buat apa
teringat kaklong makincik haritu lecur kena air panas
dia letak colgate
ok tangan dia..tak jadi gelembung air tu
gelembung air tu yang perit kan??
mak incik pun ambik la ubat gigi
(colgate tadek kita guna fresh&white...harap2 boleh jadi white)
sapu kt tepi2 lecur tu
nak sapu atas tempat lecur tu takut pulak
sebab kulitnya dah terkoyak

setelah makincik buat postmoterm
(wahhhhh post moterm kate kooo)
dia kena periuk tu sikit je
tapi lecur banyak sebab kena wap nasi tu
nasi tu tengah mendidih masa dia buka periuk tu

iya!!!
dia buka periuk nasi sendiri
dia kata dia lapar
huhuhu
alahai anak
selalu kau mintak nasi kat mak
tak penah hayat pun ambil sendiri
haritu kau berdikari pulak nak ambik sendiri
huhu
(jangan buat mak rasa besalah nak...)

ni tangan dia masa hari ke dua

bangun pagi esoknya tengok tangan dia
mak aiiiiii
bengkak
huhuhu
sian betul tengoknye
mujur kena tu hari jumaat
esoknya sabtu memang cuti
kalau tak..mau cuti jaga anak
bagi dia g sekolah kang mau terkoyak teruk luka tu
duk taska ramai2 tu ada pulak yang terlanggar
budak2 kan lasak

mak incik bawak la dia g klinik
dapatlah cream apa ntah
cream tu sejuk
so tempat lecur tu tak la perit
tapi hazab nak sapu kt dia
melalak-lalak nangis
hahaha
mental jap mak kau nak sapu ubat

 ni tangan dia lepas 2 3 hari sapu cream sejuk tu
nampak dah kering
tapi dia kata sakit
yelah kulit baru tu nipis lagi
pedih la tu

dia kata kat taska kawan2 dia lari takut tengok tangan dia
haha
kelakar la budak2 ni
siap ada boy yang nak buat dia
dia g cakap kat budak tu
"haa buat la saya..nanti saya bagi ni" - sambil tunjuk luka lecur dia
terus boy tu tak jadi buat dia
haha
pandai juga kakak hawa protect diri ye


ni lepas kulit dia dah kering sepenuhnya
cuma belum tertanggal
(geram je mak ko tengok nak kopek2 kulit tu)

sampai sekarang dah pulih sepenuhnya
cuma tinggal parut
sian pulak tengok parut tu
harap-harap hilang la nanti
setakat ni makincik sapu bio oil je kat parut tu
bio oil tu makincik guna untuk sapu kat strechmark sebenarnya 
almaklumla...anak dua2 besar gedabak
harus lah rupa strechmark mak incik macam brownies kedut
tak nampak lagi keberkesanannya pada parut hawa
entah boleh ke hilang
kalau tengok iklan bio oil tu mcm yo-yo oo je boleh hilang
parut strechmark makincik tak hilang pun 
(padahal pakai tak istiqamah hew hewww)


ada cadangan nak bagi hilang parut dengan cepat???

bye
~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie


No comments:

Post a Comment