Tuesday, 29 March 2016

SITI HAWA 4 TAHUN

29.03.2016
Happy Birthday Kakak
siti hawa
sekejap je dah 4 tahun
rasa macam baru je beranakkan kakak
sebab rasa baru beranak jadi tak boleh la beranak lagi dalam masa terdekat ni
paling-paling tak pun kena tunggu lagi 7 tahun
haha
kalau tanya hawa nak adik lagi tak???
 mesti dia jawab dengan juraian air mata sambil merayu-rayu
"tak nak mak...kakak taknak adik..kakak nak adik tu je...."
 kikiki
selamat mak kau nak
 
masa mengandungkan hawa
alhamdulillah semuanya dipermudahkan
takde alahan or apa yang pelik-pelik
semuanya macam biasa
nafsu makan je macam monster
nampak makanan apa semua nak telan
mujur la tayar kete takleh makan
kalau tidak mau ku telan juga
9 bulan mengandung dia
haaa 22kilo naik berat badan
air gula jangan cakap la
berapa kali kena minum kat kk
hihi
 
due date hawa 1.4.2012
sama dengan tarikh bday atok dan acunya
tapi dia keluar awal 2 hari
nak sama bulan dengan abahnya juga kot
tu yang jadi anak abah sekarang ni 
 
bersalinkan hawa ni  tragik sikit
malam sebelum bersalinkan hawa
macam biasa takde apa-apa
bangun subuh tu tengok dah turun tanda
tapi tak sakit pun
cuma anak 1st, takde pengalaman
g juga la ke hospital
takut la apa-apa hal nanti susah pulak
 
pukul 7 pagi dah siap-siap ngan pak incik g hospital
sampai hospital doc check kata dah buka jalan 2 cm
kena admit la
tapi
.
.
wad penuh
wad besalin tengah renovation
punya la penuh dalam wad tu
wad yang bilik 2 orang pun dorang susun sampai boleh muat 4 org
mak incik tak dapat bilik pun
duk je atas kusyen depan kaunter nurse
dari pukul 8 pagi tu sampai la pukul 1 tghr
tunggu ada katil kosong
pukul 10 pagi tu dah start sakit sikit-sikit
hazabedahnye duk atas kusyen tu
mak incik tak duduk la
bejalannnnnnnnn merata-rata dalam wad tu
nak hilangkan sakit

pukul 3 petang baru la dapat katil
tak dapat bilik pun
duk je wad kelas 3 berjemaah ramai-ramai
tapi mak incik okey je
ramai-ramai syok apa
boleh borak-borak 
hilang sikit sakit
tak la mereput duk dlm bilik melayan sakit sorang-sorang
nak panggil misi pun senang
nanti kawan katil sebelah tolong jerit panggil misi
pastu tolong mintakkan air kat misi
kikiki
mak incik kan sakit, mana boleh jerikkk
kawan sebelah tu baru 7 bulan
tapi kena warded sebab uri bawah
so dia la banyak menolong ibu-ibu mana yang dah besalin, yang sakit nak besalin
bagus kan
dah macam misi
misi pun kadang tanya kat dia mana pesakit yang tadek kat katil
mana lah dia sekarang ye
mesti mudah dia besalin anak tu
sebab dia banyak tolong orang
eh air milo mak incik pun dia tolong bancuhkan tau
hihi
 
pukul 4 tu doc paksa buka jalan
haduiiiiii
pastu masuk l.r
lama juga la dalam l.r tu
dari pukul 4 sampai la hawa lahir pukul 10.56mlm
macam-macam kejadian kelahiran mak incik tengok dan dengar
oh ye
l.r pun tengah renovate juga
jadi bilik wad untuk 4 orang tu eric deco dorang jadikan l.r
haaa dalam tu ada 4 katil untuk mak-mak yang nak melahirkan
dipisahkan dengan tirai langsir je
jadi mak incik ni anak1st
memang lama la contraction
tengok je la orang lain beranak
misi duk kuar-masuk 
ingat kain tirai  tu tak terselak?
bila terselak aku tengok la
aku bukan sakit beria sangat pun masa tu
haha
 tapi dalam hati ni ngeri woooo
rasa macam
nak lari keluar
lari dari hospital
lari jauh-jauhhhhh
tapi
kalau aku lari
bukan boleh elak dari beranak pun
jadi aku pilih
untuk stay je lah dalam tu
kikiki 
 
sampai la pukul 8 malam tu 
baru la sakit contraction yang betul datang menjelma
hala hala hala
masa tu tak sempat dah nak tengok orang katil sebelah
haha.....padan muka aku
pukul 10.56 malam hawa pun selamat keluar
setelah 9 kali teran
jangan tanya lah kenapa
anak 1st tadek pengalaman
dia pulak keluar 3.51kg 
T____T

lepas hawa keluar 
mulalah detik-detik tragik
hawa keluar tak menangis
mungkin sebab lama sangat aku teran
doc cuma tunjuk jantina dia je 
(hawa masa dalam perut, scan banyak kali tetap tak nampak gender - pemalu budaknya)
dorang terus bawak cuci cepat-cepat
tak sempat la mak incik rasa pegang baby
sedut lendir dalam tekak n hidung dia
barulah dengar suara dia menangis
alhamdulillah
 
lepas setengah jam lahirkan hawa
s.n yang uruskan mak incik macam dah gelabah je
ingatkan kenapa
dah huru hara balik kat katil mak incik
uri taknak keluar pulak
doc pun decide untuk buat mrp
panggil pak incik masuk dalam l.r
azankan hawa
doc terangkan prosedur sume
pak incik setuju, mak incik setuju
mak incik sain borang
pastu dorang tolak ke o.t
 
masa tolak katil ke o.t dah pikir dah
alahai...tak dapat pegang lagi anak aku
sedihnya
T___T
 nak jadi cite masa tolak ke o.t
staf o.t call l.r suruh hold jap
sebab bilik o.t tak siap prepare lagi
misi pun berentikan katil depan nursery
tengah terkebil-kebil pandang siling
tetibe ada bidan tegur
'dik awak dah susukan anak ke'
'belum, tak pegang pun lagi baby' jawab mak incik 
bidan tu terus amik hawa
dia letak kat mak incik
suruh mak incik susukan hawa
uiiiii
sonoknye masa tu
*dalam hati ada rerama terbang*
dapat la pegang dia 2 3 minit kot
sebelum bidan tu ambil balik hawa
sobbbbbsss
 
pastu mak incik pun ditolak masuk o.t 
kena bius bagai
terus tak sedar
tau-tau dah kena sorong masuk wad balik
masa tu dah pukul 3 pagi
pukul 4 pagi barulah misi datang bagi hawa pada mak incik
dapatlah kami berjejak kasih semula
lepas 5 jam terpisah
 
itu je lah yang tragik nya
lepas beranak tak dapat pegang anak
huhuhu
5 jam kot
mak incik terpikir apa hawa minum
mak incik syak 
mesti dorang dah bagi susu formula
 syak je la...tak la kata memang dorang bagi fm
tapi takpelah
dah itu takdirnya kami dua beranak
redha lah
yang penting semuanya selamat
hawa pun sihat
alhamdulillah

hawa ni masa umur dia 1 tahun 2 bulan dh kena tinggal dengan abah dia
pak incik kena kerja di batu gajah masa tu
tinggal la mak incik dengan hawa je berdua kat kajang
agaknya, sebab tu sekarang dia lebih manja dengan abah
kurang kasih sayang abah masa kecik agaknya
dia qada la bila abah dia dah balik keje kat selangor ni
kikikiki
 
oklah
meh
mak incik belanja gambar hawa dari baby sampai la 4 tahun
 
ni masa siti hawa baru umur beberapa hari, tak sampai seminggu pun lagi
ni umur hawa 3 bulan, hawa ni baik, tak nangis2, senang la menjaga dia masa baby

ni hawa 6 bulan, bawak dia jalan-jalan kat genting, bukan dia tau apa pun, mak incik ngan pak incik yang over

ni hawa dah satu tahun,banyak orang ingat dia boy dulu

ni hawa 1 tahun setengah, dah start kena tinggal dengan abah, pak incik keje jauh masa ni

ni pun setahun lebih, otw g amik pak incik kat ktmb balik dari perak, ni lah aktiviti dua beranak setiap hari sabtu, amik pak incik balik dari perak

kadang-kadang pak incik tak balik, kitorang keluar la dengan bff mak incik, masa tu bff mak incik keje kat bangi, sekarang dia dah keje kat penang...*rindulah ke mu mek tiey!* mek tiey dah ada baby, baby mek tiey pun nama hawaa.yeay kakak hawa ada adik hawaa.ni hawa tengah main dengan ciktiey dia.tu yang sonok sgt

ni hawa dah 2 tahun, masa ni pak incik dah tak keje kat perak dah, kami pun dah cukup kasih sayang..haha

ni masa bday hawa 3 tahun, tahun lepas lah kan...tahun ni tak potong kek lagi, kita tunda dulu ye kakak, mak ngan abah bizi sikit nanti kita potong kek sama-sama ye


yang lain ni semua masa umur dia dah 3 tahun lebih
hawa dapat adik annas masa umur dia 2 tahun 8 bulan
dia sayang sangat adik annas
tapi adik tak sayang kakak pun
kiki
bukan tak sayang
dia tak faham lagi
jadi dia selalu buli kakak
tapi kakak gud girl
jarang buat adik
kalau dah tak tahan sangat
dia balas juga la
T___T

mak doakan kakak jadi anak yang solehah
pandai berdikari dan jaga diri
jadi anak yang indah di mata semua orang ye sayang
doa mak sentiasa ada bersama kakak
kalau suatu hari nanti kakak baca apa yang mak tulis
mak nak kakak tau
kakak lah nyawa mak
love u 
siti hawa binti shahromnizam
 
 

  
 
 
p/s : orang kata, hawa ikut muka mak...ye ke?

bye
~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie

No comments:

Post a Comment