Monday, 17 October 2016

ZIARAH ZOO 2016

Assalamualaikum
Hai
Jumpa lagi

al kisah
hari rabu lepas
pakincik cakap dengan anak dara dia
"kakak nanti cuti kita g zoo nak"
anak dara dia laju jawab
"ok!!!"

nanti cuti
apaknye punya maksud
bila-bila hari cuti tanpa ada ketetapan yang sebenar
ok...korang paham tak???
maknanya takde la tarikh dan waktu yang spesifik nak g zoo tu

esoknya
makincik pun borak-borak la ngan anak dara
"kakak nanti hari sabtu ni kita tanam pokok nak"
sekali dengan penuh keyakinan dia jawab
"eh mana boleh la mak..hari sabtu kan kita nak g zoo.....ye betulllll cuba tanya abah.."
"baiklah"
jawab makincik dengan penuh curiga dan waswas
hahaha
apa nak dikataaaaaaaaa
dia dah berjampi nak g zoooo
kalau tak bawak
memang muncong dia ngan moncong cencurut sama panjang lah jawabnya

jadi pada bakal ibu, bakal ayah mahupun ibuayah yang sedia ada
kalau nak janji apa-apa dengan anak
silalah bagi janji yang spesifik ye
kalau tak
jadi macam mak incik dan pakincik lah ye
g zoo hujung bulan
kahkah
padan muka ko pakincik
dengan aku sekali padan muka!

aku pnya target
masuk zoo nanti aku nak rembat rusa sekor
buat lauk
sempena nak tunggu gaji tiba 5 6 hari lagi ni
 T______________T


sabtu 15.10.2016
pepagi hari bertolaklah makincik dan 3 batalion pasukan tentera menuju ke puncak zoo
hawa ni kalau dia excited nak g mana-mana
 ko suruh la buat apa
semua dia buat
malam tu suruh kemas mainan kat ruang tamu
sampai ke dlalam bilik dia pun dikemas nya
haha
propa sangat!
cuba kalau sesaje mak ko mintak tolong
macam2 alasan
sakit kaki la..tunggu jap la...penat la..
kucing nak beranak la....eiiii
tengok muka dia...eiii geram je tengok perangai dia...drama queen sangat
sebelum tu
malam tu makincik gugle la harga tiket
sebab last g 2 tahun lepas kot
yelah walaupun baru je 2 tahun
tapi paham-paham lah malaysia kan
kalau bab naik harga ni
sekelip mata pun dia boleh buat kan
ntah apa masalah web zoo negara takleh bukak malam tu
jadi mak incik pun mengugle je la
dengan tajuk guglelan 
"tiket zoo 2016"
dapat lah banyakkkkkk hasil carian
baca kat blog-blog orang
tak baca la semua
tapi hampir 5 6 posting juga makincik telek
semuanya harga seperti berikut
dewasa RM32
kanak-kanak RM11
(ini adalah harga dengan maykad dan mykid, tanpa mykad/mykid harga warga asing okeh)
mak incik kena study semua ni
sebab almaklum la...g hujung bulan
paham-paham je dah la
nak buat bajet betul-betul la
kang terover kang sengsara nak tunggu gaji
mula la asyik nak login maybank2u
kehkeh

sabtu tu...sampai je zoo
makincik pun melangkah laju ke kaunter tiket
kena cargas la
dah kul 10 kot
kang lambat2
alamat lecak lah ketiak ko nak tawaf zoo tu
makincik g zoo negara malaysia okeh
bukan zoo negara jepun
kat kaunter
makincik pun mintaklah tiket
"2 dewasa 1 kanak-kanak ye"
petugas tu pun terus print tiket
lalu dihulur ke tangan mak incik
mak incik pun menyambut dengan hati yang berbunga-bunga
 "RM104 ye puan"
-what the hekkkkkkk-
jerit makincik sekuat-kuatnya
tapi dalam hati je
sebab hasil guglean malam tadi
rasanya total baru RM8+
kenapa lak sampai RM1++
"errr ni harga dengan mykad ke, saya ada mykad ye"
kata mak incik
kot la dia terbagi tiket untuk pelawat yang tadek mykad (read : bukan warganegara)
"ye puan tu harga lepas diskaun mykad lah"
ke budak ni nampak aku macam kim kardashian
dia ingat aku bukan warganegara
seraya
pakincik pun berdiri disebelah mak incik sambil membelek jadual harga di atas kaunter lantas berkata
"eh...harga dewasa RM44????"
.
.
.
.
omennnnn patut la harga RM104
apo nak di katooo
bayar jelah
dh sampai depan zoo dah pun
kot tak masuk
berguling-guling pulak anak dara tu depan zoo
lagi haru

haaa nampak???
masuk je zoo
kitorang masuk taman rama-rama
ok la nampak annas dengan hawa gembira
mak dan abah pun dah gembira sikit
terubat sikit kesedihan hati tentang harga tiket
kahkahkah
over betul
sampai tahap kemurungan pulak gayanya

ni dalam taman rama-rama..nampak??muka ada sinyummm sikit...hahaha
keluar dari taman rama-rama
terus nampak zirafah
wow!!!!!!!!!!!
hawa dengan annas terus menjerit-jerit
melompat bagai
kegirangan kekdahnya
hahaha
gud anak gud!
syabas anak-anak ku
mak abah kau terus gembira
berbaloi baloi rasa bayar beratus kat depan tu tadi
kemurungan terus terbang melayang pergi
bagaikan rama-rama beterbangan di dalam taman rama-rama tadi

terima kasih zirafah kerana menghiburkan hati anak-anak makincik...salam ukhwah zirafah! semoga zirafah gembira duduk di malaysia
seterusnya
kami pun bergembiralah di dalam zoo ni
alhamdulillah budak2 ni seronok
hawa dah pandai kenal binatang
2 tahun lepas bawak dia tak paham lagi
penakut pulak tu
sebenarnya mak kau trauma nak bawak kau g zoo
pasal tu lah
kau penakut
rupanya
kau dah tak takut
syabas anakku
 bukan setakat tak takut
malah siap nyanyikan haiwan-haiwan tu lagu
al maklumlah kat taska kan banyak ajar lagu- bertemakan binatang
hahaha

annas ok
dia memang jenis berani
yelah umur 6 bulan dia dh berani tangkap kumbang
dan
makan kumbang
*dia suka menutip masa merangkak,aku tak sedar bila dia makan kumbang, tau-tau masa nak basuh sisa kumbahan dia..aku tengok ada kepak kumbang dan kepala kumbang*
T_______T

masuk taman rama-rama hawa nyanyi lagu didi n friends..
rama-rama terbang tinggi..cari siapa..cari siapa 
cari didi..mana didi...didi ada disini
tengokkk
mak pun hafal
jumpa gajah
dia nyanyikan lagu untuk gajah
harap-harap gajah gembira dan terhibur dengan persembahan hawa
takdelah gajah bosan sebab pelawat asyik tengok gajah
kali ni
gajah pulak tengok pelawat (read : hawa) buat persembahan khas untuk gajah

untung kau gajah....hawa nyanyikan kau lagu...bukan kau je tengok hawa, pengunjung lain pun tengok hawa..kahkahkah...oi gajah!jom selfie satu!...elehhhh sombong!
oh ye
yang pasal harga tiket tu
barulah faham kenapa harga nya dah naik
harga yang makincik tengok tu betul
tapi sehingga mei 2016
start jun 2016 harga di naikkkan dari RM32 kepada RM44
nak tau sebab apa???
sebab ni
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
haaaa sebab dua ekor panda ni lah (ada 4 ekor sebenarnya
sebelum ni harga tiket adalah tak termasuk ke rumah giant panda ni
means
sape g zoo
nak tengok panda
kena beli tiket lain
kalau dulu nak masuk kena beli tiket RM20 khas untuk tengok dua ekor panda ni
aku syak dorang buat camtu tak dapat sambutan
eleh
kalau aku g pun aku takmau masuk
yelah nak tengok panda tidur pun kena bayar RM20
tak koser mak
masa beli panda dulu dah la ambik duit kita
nak tengok dia
kita pulak kena bayar lagi
ehhh
gituuuuu aku pikir
#jangankecamakincik
so
dorang naik kan harga tiket including rumah giant panda ni
sebab tu harga tiket dinaikkan

jadi
dapatlah kitorang tengok panda tidur depan mata
selalu dapat tengok dalam tv je kan
oo ye...kau boleh tengok panda 20 minit je
maknanya kalau kalu masuk rumah panda ni kau akan dihalau keluar
yela
orang lain pun nak masuk wehhh
aku tak suka masuk rumah panda ni
ada 2 syarat ko nak masuk sini
1. nak ambik gambar boleh tapi jangan on flash *ok paham paham*
2. jangan bising..nanti panda terkejut *yang ni aku tak paham*

ok camni
aku masuk tu kebetulan sesama dengan group budak tadika
bukan 1 sekolah
tapi 3 @ 4 sekolah
ok
kau boleh bayang tak berapa ramai?
+- 60 orang gak kot budak tadika
petugas2 dalam tu tak mesra alam
duk jerit syuuutttttt...syutttttt syuttttt
suh budak2 tadika diam
ko rasa berjaya ke??
memang tak lah kan
aku tak marah budak2 tu bising
tapi aku marah petugas2 dalam tu tak mesra kanak-kanak
dan sistem yang gagal
-pada pendapat aku lah-
oiiii
kau dah tau panda tu tak boleh bising-bising
kau jangan la bagi masuk ramai-ramai
boleh tak kau had kan 20 orang je ke yang masuk
bagi masuk 10 minit je...
5 minit pun tak pe
sebab bukan ada apa pun
betul2 tengok panda tu tidur je pun
habis-habis orang masuk dalam tu sebab nak bergambar je
bukan nak buat pengambaran filem pun
 huh
marah betul aku masuk rumah panda ni
lastnya aku ajak pak incik keluar je
annas pun dah start nak mengamuk sebab dia tak leh jalan penuh sangat dalam tu
n dia pun dah penat sebenarnya
dia jalan sendiri dalam zoo tu
kitorang tak dukung pun dia
so dia memang sangat penat dah masa tu
dah start nak meragam
*oh anak aku memang tak reti duk dalam stroller*

dah start buat perangai




sebab ni tempat paling hazabedah yang aku kena lalui
jadi letak gambar lebih sikit
kahkah


anas nk g kejar burung sana tu..aku halang..seram kot tengok paruh dia panjang tajam..kang dia pakok kepala kau dikkkk...uii jangan memain..

hawa lah yang paling happy

rimau jauh sayup kat hujung tu kak..ko begambo ngan signboard rimau je lah ye kak....sama je muka dia yang real dengan dalam gambo tu....

haah....ni dah penat lah ni...

rehat jap....

keluarga kecil makincik

sampai sini aku dah lega sikit...sebab aku tau pengembaraan dalam zoo ni hampir berakhir...penat dah aku

aku bawak bekal air masak sebotol habis licin
kalau korang datang bawak lah bekal makanan, air
sebab kalau beli dalam ni
mahal ya rabbi
air tin 100plus rm5 lebih kot
pengsan
tapi kot nak beli juga
aku storkan korang beli kat mesin gedegang (read ; vending machine)
harga air gedegang ni masih masuk akal lagi
dalam zoo ni banyak juga disediakan mesin gedegang ni
dulu aku g rasanya dorang tak benarkan bawak makanan dari luar
kali ni aku tengok ramai je yang tapau makanan siap2
cuma jangan ko angkut macam nak berkelah mungkin la tak boleh
setakat sandwiche
nasi goreng
naget sosej ok la
nak berkelah sila g belakang zoo
sungai kemensah ke apa namanya
ha situ boleh berkelah dan berkhemah
silakan

oklah
tu je cite zoo makincik
semoga bermanfaat
yang elok jadikan tauladan
tak elok buat sempadan

pakincikkkkkk!!!!
next????
nak g mana????
hahaha
(dia tak penah baca pun blog aku)

nota kaki :
oh ye
aku tak rembat pun rusa
kikikiki
minggu ni aku makan maggi


bye
~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie

Friday, 9 September 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

 Assalamualaikum
hai
jumpa lagi
ramai yang balik kampung hari ni ke??
mak incik insyaallah balik kampung hari ni
raya haji hari isnin
hari malaysia hari jumaat
mak incik ambik cuti terus selasa rabu khamis
haaaa
cuti sakan kate koooo
cuti sakan tapi banyak urusan nya
moga dipermudahkan
amin
paling seronok hawa dan annas la
dari hari rabu tak g taska
rabu  annas demam
pakej dua-dua sekali tak g taska
sampai la hari ni demam lagi
tapi hari ni tengok dah kebah
dah melasak balik
ok lah tu kan
harap sihat perpanjangan lah lepas ni ye anak-anak
dah cuti panjang
12 hari tak g taska
hihihi 

tahun ni insyaallah maik incik dan adik masuk korban
semoga semuanya berjalan lancar
akhir kata
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Image result for funny cow
selamat hari raya untuk semua!!!!...hati hati dijalan raya
 
bye
~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie

Thursday, 18 August 2016

CARA HILANGKAN PARUT DENGAN CEPAT???

 Assalamualaikum
hai
jumpa lagi

bulan puasa haritu
anak dara makincik
si hawa terkena periuk nasi panas

masa kejadian
kitorang 4 beranak duk tengok tv kat ruang tamu
bersantai-santai lepas buka puasa
haritu buka puasa makan ringan-ringan je
dah pukul 8 baru makincik masak nasi

lauk dah siap masak
tengah santai2 depan tv
 duk tunggu nasi masak dalam periuk
entah masa bila dia pergi ke dapur

tup-tup dengar dia menjerit
pastu bunyi tudung periuk belaga
tapi dia tak nangis
dia datang kat kitorang sambil genggam tangan yang kena periuk tu
dia kata sakit
sekali makincik tengok tangan dia dh melecur
tempat yang lecur tu dh terkoyak
T___________T

sebab dia genggam tempat melecur tu
bila tengok tangan dia macam tu
makincik apa lagi
kalut laaaa
dia pun apa lagi
terus meraung
haha
padahal sebelum tu dia tak nanges pun
mak kau yang kalut
hahahaha

makincik tak tau nak buat apa
teringat kaklong makincik haritu lecur kena air panas
dia letak colgate
ok tangan dia..tak jadi gelembung air tu
gelembung air tu yang perit kan??
mak incik pun ambik la ubat gigi
(colgate tadek kita guna fresh&white...harap2 boleh jadi white)
sapu kt tepi2 lecur tu
nak sapu atas tempat lecur tu takut pulak
sebab kulitnya dah terkoyak

setelah makincik buat postmoterm
(wahhhhh post moterm kate kooo)
dia kena periuk tu sikit je
tapi lecur banyak sebab kena wap nasi tu
nasi tu tengah mendidih masa dia buka periuk tu

iya!!!
dia buka periuk nasi sendiri
dia kata dia lapar
huhuhu
alahai anak
selalu kau mintak nasi kat mak
tak penah hayat pun ambil sendiri
haritu kau berdikari pulak nak ambik sendiri
huhu
(jangan buat mak rasa besalah nak...)

ni tangan dia masa hari ke dua

bangun pagi esoknya tengok tangan dia
mak aiiiiii
bengkak
huhuhu
sian betul tengoknye
mujur kena tu hari jumaat
esoknya sabtu memang cuti
kalau tak..mau cuti jaga anak
bagi dia g sekolah kang mau terkoyak teruk luka tu
duk taska ramai2 tu ada pulak yang terlanggar
budak2 kan lasak

mak incik bawak la dia g klinik
dapatlah cream apa ntah
cream tu sejuk
so tempat lecur tu tak la perit
tapi hazab nak sapu kt dia
melalak-lalak nangis
hahaha
mental jap mak kau nak sapu ubat

 ni tangan dia lepas 2 3 hari sapu cream sejuk tu
nampak dah kering
tapi dia kata sakit
yelah kulit baru tu nipis lagi
pedih la tu

dia kata kat taska kawan2 dia lari takut tengok tangan dia
haha
kelakar la budak2 ni
siap ada boy yang nak buat dia
dia g cakap kat budak tu
"haa buat la saya..nanti saya bagi ni" - sambil tunjuk luka lecur dia
terus boy tu tak jadi buat dia
haha
pandai juga kakak hawa protect diri ye


ni lepas kulit dia dah kering sepenuhnya
cuma belum tertanggal
(geram je mak ko tengok nak kopek2 kulit tu)

sampai sekarang dah pulih sepenuhnya
cuma tinggal parut
sian pulak tengok parut tu
harap-harap hilang la nanti
setakat ni makincik sapu bio oil je kat parut tu
bio oil tu makincik guna untuk sapu kat strechmark sebenarnya 
almaklumla...anak dua2 besar gedabak
harus lah rupa strechmark mak incik macam brownies kedut
tak nampak lagi keberkesanannya pada parut hawa
entah boleh ke hilang
kalau tengok iklan bio oil tu mcm yo-yo oo je boleh hilang
parut strechmark makincik tak hilang pun 
(padahal pakai tak istiqamah hew hewww)


ada cadangan nak bagi hilang parut dengan cepat???

bye
~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie


Tuesday, 16 August 2016

MENIAGA DI FESTIVAL RAMADHAN @ KOMPLEKS PKNS BANGI

Assalamualaikum
hai
suka di ingatkan
ini adalah entry tertangguh
heee

alkisah bulan puasa 2016
(kena mention tahun kang ada yang ingat kisah bulan puasa 1993 pulak)
 mak incik dan 2 orang kawan meniaga kat PKNS
sempena Festival Ramadhan 2016

ni first time la mak incik meniaga join event
selalu online je
kalau offline pun kat carbootsale tasik cempaka je

 asalnya saje borak2 ngan kawan 2 orang ni
cakap syok nye dapat meniaga bulan puasa ni
sebab dengar dari cerita peniaga2 yang selalu meniaga
bulan puasa ni kuasa membeli lain macam

yela kan
raya......
semua orang pun membeli kelengkapan raya 
ada duit ke takde duit ke
tak banyak, sikit pun orang akan beli juga
terutama kelengkapan anak-anak

ada sorang penganjur event cite kat mak incik...
songkok ni barang paling susah nak dapat time nak raya 
mak incik pun cakap la ngan kawan ni
rupanya pakcik dia supplier songkok
dah lama suruh dia jual
tapi dia keje...tadek sapa nak tolong jualkan
haaa...dari situ lah bermula kisah meniaga kitorang

 jumpa supplier-survey tapak-booking tapak-cari barang meniaga-setting booth
almost 2 bulan juga la persiapan
sampai la ke hari mula meniaga



 ni masa kitorang setting booth


 nilah booth kitorang
booth 'songkok malaya'
gambar penuh yang booth baru setting takde pulak
almaklumlah entry tertangguh katekan
gambar pun dah hilang ntah kemana
(hp makincik rosak time ni tau...sedih betul)


 ni budak hawa
pembantu setia makincik a.k.a model tudung budak
makincik jaga booth setiap sabtu ahad je
hari lain masa tak mengizinkan
hari biasa pakincik jaga booth siang
malam kawan-kawan makincik jaga
sabtu ahad makincik bawak la budak hawa ni
budak annas???
big NO!!!
tak jaga booth nanti
duk kejar dia
haih melasak sungguh yang sorang tu


ni antara barangan yang kitorang jual kat booth
selain dari songkok
ada butang baju melayu, pin shawl, shawl dewasa, shawl budak, kopiah ngan minyak wangi
seronok betul meniaga bulan puasa
betul la kata orang
bulan puasa ni lain macam sambutannya
orang membeli macam kena rasuk
hahaha
nak pulak 2 minggu sebelum raya
letih sungguh
tapi seronok!

butang baju melayu...pah ooo pah...butang baju melayu abang mana pahhhh

kopiah

pin shawl......


watak utama dalam booth...songkok!!!

shawl...macam macam kaler ada
shawl printed pun ada

minyak wangi - ada tester...keje makincik bila jaga booth ialah mengetest minyak wangi haha

ni shawl laku keras...shawl erwani....handmade shawl

ni masa cus datang...ini masa yang tak ramai..
kalau time ramai 
ya allah tak memang tangan melayan
ramai yg datang malam
yelah sejuk sikit kan nak membeli belah
selesa la sikit
siang tak ramai sangat
orang tak bejalan sangat kt booth luar..panas
silap2 boleh tergadai puasa
haha

alhamdulillah
walaupun ni kali pertama pengalaman meniaga ikut event
sambutan menggalakkan
walaupun keuntungan tak lah berlipat kaliganda
tapi alhamdulillah kira berjaya juga strategi kitorang

kot-kot ada reader yang jadi salah sorang cus booth 'songkok malaya'
mai la say hai kat makincik 
heee

insyaallah
ada rezeki tahun depan kita buka lagi booth
target lokasi berikutnya
"PUTRAJAYA"
tunggu kedatangan kitorang di sana ye
(errr....katanya sana lubuk duit..ye ke???heeee)


nota kaki :
bulan Jun bulan yang gila penat buat makincik dan pakincik
 dengan meniaga
dengan tak habis kemas rumah yang baru pindah nye
hohoiiiii
bila throwback ke bulan 6
rasa nak pengsan mengenangkan Jun
start ogos baru hidup kembali harmoni
harapnya kekal la harmoni sampai bila-bila
hahaha



bye
~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie