TERMA & SYARAT
Sila baca, fahami serta patuhi terma dan syarat Homestay Rumah Tiga Puluh bagi mengelak sebarang kesulitan.
Sebelum Menginap
- Sebarang tempahan mestilah melalui panggilan telefon, email, mesej, whatsapps atau melalui Pengurus Hamestay Rumah Tiga Puluh.
- Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh penginapan.
- Selepas membuat tempahan, bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 2 hari (48 jam) dari tarikh tempahan tersebut dan hanya akan diproses setelah bayaran diterima. (Sila maklumkan sekiranya bayaran tidak dapat dibuat dalam tempoh yang telah ditetapkan. Tempahan akan terbatal sekiranya tiada bayaran diterima dalam tempoh tersebut)
- Keutamaan tempahan penginapan akan diberikan kepada pelanggan yang membuat bayaran terlebih dahulu.
- Tetamu yang ingin menginap secara tiba-tiba (ad-hoc) akan dipertimbangkan bergantung kepada kekosongan tempahan, namun bayaran PENUH akan dikenakan.
Semasa Check-in
- Pengunjung hendaklah mengemukakan slip bayaran dan salinan kad pengenalan / lesen memandu dan no. daftar kenderaan kepada pengurus kami semasa mendaftar masuk (check-in).
- Waktu masuk (check-in) adalah jam 2.00 petang dan selewat-lewatnya jam 5.00 petang.
- Waktu keluar (check-out) 12.00 tengahari. Check-out melebihi jam 12.00 tengahari tidak dibenarkan sekiranya ada pengunjung lain yang akan menginap.
- Sekiranya tiada pengunjung lain yang menginap, anda dibenarkan keluar lewat dari masa yang ditetapkan namun bayaran akan dikenakan seperti berikut :
- Melebihi jam 12.00 tengahari, bayaran deposit tidak akan dikembalikan.
- Melebihi jam 6.00 petang, bayaran PENUH akan dikenakan.
- Jika terdapat perubahan waktu check-in / check-out, sila maklumkan kepada kami sehari awal sebelum kedatangan anda. Sila semak dan pastikan tarikh menginap di Homestay Rumah Tiga Puluh adalah BETUL.
- Sekiranya tempahan dibatalkan 7 hari sebelum tarikh check-in bayaran deposit tidak akan dipulangkan.
- Sekiranya pembatalan dilakukan dalam tempoh 1-2 hari dari tarikh anda check-in, bayaran sewa serta wang cagaran anda tidak akan dikembalikan. Ini kerana bila anda membatalkan penginapan anda, pihak kami akan menanggung kerugian kerana telah menolak permohonan penyewa lain yang ingin menginap pada tarikh tersebut.
Semasa Menginap
- Keselamatan homestay dan barang-barang yang disediakan semasa anda menginap disini adalah dibawah tanggungjawab anda sepenuhnya.
- Pastikan pintu, tingkap dan pagar sentiasa dalam keadaan berkunci terutamanya ketika tidur dan semasa anda keluar dari homestay.
- Pastikan semua suis elektrik ditutup selepas digunakan dan ketika menigggalkan homestay.
- Pengunjung tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan di dalam homestay ini.
- Sebarang kecurian atau kerosakan pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.
- Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak pengurusan homestay ini.
- Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.
- Bagi tujuan keselamatan, merokok adalah di larang di dalam rumah. Sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang juga tidak dibenarkan.
- Tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan.
- Tidak dibenarkan membuat bising hingga menganggu ketenteraman jiran-jiran berdekatan.
- Sila jaga tatasusila di dalam dan di luar rumah agar tidak mengganggu penghuni lain.
- Pastikan semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum anda check-out.
- Kunci rumah hendaklah diserahkan kepada pihak pengurusan bila anda check-out.
Selepas Menginap
- Bayaran deposit akan dipulangkan semula kepada anda sebaik sahaja anda menyerahkan kunci setelah pihak pengurusan memastikan tiada kerosakan, kecurian atau kehilangan peralatan di dalam rumah dan tiada kelewatan waktu check-out.
- NOTIS PIHAK PENGURUSAN HOMESTAY RUMAH TIGA PULUH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEHILANGAN, KEROSAKAN ATAU KECEDERAAN PADA TUBUH BADAN DAN HARTA BENDA PENGHUNI ATAU TETAMU MEREKA DI ATAS KECUAIAN DAN KELALAIAN MEREKA SENDIRI SEMASA MENGINAP DI SINI.
No comments:
Post a Comment