Wednesday, 30 September 2015

October Please Be Nice To Me

Hi Oktober..
semoga kamu baik-baik saja.

Babai September..
yang memilukan.

Perit jerih bersama September 
semoga menjadi kekuatan untuk oktober yang mendatang
november, disember dan seterusnya.....sila baik-baik juga ya!

anak-anak syurga demam berjemaah T_T

kekasih ke syurga pulak excident 

 abah demam + beguk 

Semoga ujian dari-Nya menguatkan kita - semua
ameen ya rabb 

~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie







Wednesday, 23 September 2015

SALAM AIDILADHA



https://lh4.ggpht.com/m9jnT568TdiWEvzTnK1g8ZTfceLYci15uDL_t0VCubQ1V4u9uK-NHR7JBlZQveaabS8=h310

hati memandu pada yang balik kampung
yang tak balik kampung pun hati-hati juga

akakjie pagi-pagi raya baru balik
nak balik hari ni macam jem je
macam lah esok tak jem
harap-harap tak jem lah

tapi
kalau tak jem...
tak meriah la raya
bila jem tu yg fefeeling raya menusuk ke jantung

http://strawberry-recipes.net/wp-content/uploads/2012/07/freezer-strawberry-jam-recipe-picture.jpg
jem stoberi
bukan jem ni!!
ko pehal???
ailio meleleh?? ...
lap cepat!!!



traffic jammed
ha jem yang ni lah
ok??
best??

SALAM AIDILADHA SEMUA
~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie

Sunday, 20 September 2015

LANGGAR LARI

langgar VS lari
langgar dan lari

langgar VS lari
dah langgar , kenapa lari?

langgar VS lari
kau dah langgar, kenapa kau lari? 

langgar VS lari
langgar...jatuh tergolek!!! lari....lari lah sejauh mana kau mampu!!!

langgar VS lari
langgar....sakit kau tau???...mana kau tau...sebab kau lari!!!

langgar VS lari
langgar, sengsaranya...lari....larilah, kalau itu mampu tenangkan hati kau

langgar VS lari
langgar, nyawa hampir tergadai.... lari, tak ada ke walau sekelumit kasihan dalam hati kau?

langgar VS lari
jangan langgar dan lari...bertanggungjawablah!







 Mangsa langgar lari !!!



pesanan khidmat masyarakat ini dibawa khas oleh :
akakjie <-- tak marah, tapi kecewa T_T

Thursday, 17 September 2015

Terma & Syarat Penginapan @ Homestay Rumah Tiga Puluh



TERMA & SYARAT

Sila baca, fahami serta patuhi terma dan syarat Homestay Rumah Tiga Puluh bagi mengelak sebarang kesulitan.


Sebelum Menginap
  • Sebarang tempahan mestilah melalui panggilan telefon, email, mesej,  whatsapps atau melalui Pengurus Hamestay Rumah Tiga Puluh.
  • Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh penginapan.
  • Selepas membuat tempahan, bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 2 hari (48 jam) dari tarikh tempahan tersebut dan hanya akan diproses setelah bayaran diterima.  (Sila maklumkan sekiranya bayaran tidak dapat dibuat dalam tempoh yang telah ditetapkan. Tempahan akan terbatal sekiranya tiada bayaran diterima dalam tempoh tersebut)
  • Keutamaan tempahan penginapan akan diberikan kepada pelanggan yang membuat bayaran terlebih dahulu.
  • Tetamu yang ingin menginap secara tiba-tiba (ad-hoc) akan dipertimbangkan bergantung kepada kekosongan tempahan, namun bayaran PENUH akan dikenakan. 

Semasa Check-in
  • Pengunjung hendaklah mengemukakan slip bayaran dan salinan kad pengenalan / lesen memandu dan no. daftar kenderaan kepada pengurus kami semasa mendaftar masuk (check-in).
  • Waktu masuk (check-in) adalah jam 2.00 petang dan selewat-lewatnya jam 5.00 petang.
  • Waktu keluar (check-out) 12.00 tengahari. Check-out melebihi jam 12.00 tengahari tidak dibenarkan sekiranya ada pengunjung lain yang akan menginap.
  • Sekiranya tiada pengunjung lain yang menginap, anda dibenarkan keluar lewat dari masa yang ditetapkan namun bayaran akan dikenakan seperti berikut : 

    •  Melebihi jam 12.00 tengahari, bayaran deposit tidak akan dikembalikan.  
    •  Melebihi jam 6.00 petang, bayaran PENUH akan dikenakan.  

  • Jika terdapat perubahan waktu check-in / check-out, sila maklumkan kepada kami sehari awal sebelum kedatangan anda. Sila semak dan pastikan tarikh menginap di Homestay Rumah Tiga Puluh adalah BETUL. 
  • Sekiranya tempahan dibatalkan 7 hari sebelum tarikh check-in bayaran deposit tidak akan dipulangkan. 
  • Sekiranya pembatalan dilakukan dalam tempoh 1-2 hari dari tarikh anda check-in, bayaran sewa serta wang cagaran anda tidak akan dikembalikan. Ini kerana bila anda membatalkan penginapan anda, pihak kami akan menanggung kerugian kerana telah menolak permohonan penyewa lain yang ingin menginap pada tarikh tersebut.

Semasa Menginap
  • Keselamatan homestay dan barang-barang yang disediakan semasa anda menginap disini adalah dibawah tanggungjawab anda sepenuhnya.
  • Pastikan pintu, tingkap dan pagar sentiasa dalam keadaan berkunci terutamanya ketika tidur dan semasa anda keluar dari homestay.
  • Pastikan semua suis elektrik ditutup selepas digunakan dan ketika menigggalkan homestay.
  • Pengunjung tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan di dalam homestay ini.
  • Sebarang kecurian atau kerosakan pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.
  • Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak pengurusan homestay ini.
  • Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.
  • Bagi tujuan keselamatan, merokok adalah di larang di dalam rumah. Sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang juga tidak dibenarkan.
  • Tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan.  
  • Tidak dibenarkan membuat bising hingga menganggu ketenteraman jiran-jiran berdekatan. 
  • Sila jaga tatasusila di dalam dan di luar rumah agar tidak mengganggu penghuni lain.
  • Pastikan semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum anda check-out.
  • Kunci rumah hendaklah diserahkan kepada pihak pengurusan bila anda check-out.   

Selepas Menginap
  • Bayaran deposit akan dipulangkan semula kepada anda sebaik sahaja anda menyerahkan kunci setelah pihak pengurusan memastikan tiada kerosakan, kecurian atau kehilangan peralatan di dalam rumah dan tiada kelewatan waktu check-out. 
  • NOTIS PIHAK PENGURUSAN HOMESTAY RUMAH TIGA PULUH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEHILANGAN, KEROSAKAN ATAU KECEDERAAN PADA TUBUH BADAN DAN HARTA BENDA PENGHUNI ATAU TETAMU MEREKA DI ATAS KECUAIAN DAN KELALAIAN MEREKA SENDIRI SEMASA MENGINAP DI SINI.

Tuesday, 8 September 2015

SHORT FILM @ HOMESTAY RUMAH TIGA PULUH

Assalamualaikum
Jumpa lagi

Entry tertangguh-hari ahad
HOMESTAY RUMAH TIGA PULUH terima kunjungan tetamu
Student Photography - UITM Lendu
Buat short film untuk diorang punya assignment

Salah sorg nya anak buah akakjie – Dalila
Baik budaknya  - macam maksedara dia juga
Ok tak tipu! hee
dalila - annas seksi - demam panas sebab tu terpaksa jadi seksi

Dalila datang dengan 8 orang kawan2nya
Datang pukul 10 pagi – balik lepas maghrib
kawan-kawan dalila

Terima kasih datang ye adik2
errr....
ke anak2?

Haritu team production house datang menginap 4 hari kat
HOMESTAY RUMAH TIGA PULUH
Shooting area Melaka
Tapi akakjie tak jumpa pun
Pengurus rumah ni je yang jumpa mereka-mereka
Jadi,
Dapat jumpa yang acah2 team production (soon - in sha Allah) shooting pun kira ok lah kan?
 Semoga kalian berjaya ya!
tengah shooting




~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie




DIY Tinted Tingkap Rumah

Assalamualaikum...
Hai semua
Jumpa lagi


Cerita hari minggu yang tertangguh...
Ehehhh...tertangguh katanya...bajet bizi....
Al kesahnya nak cerita hari minggu baru ni takde pengunjung yang menginap di 
HOMESTAY RUMAH TIGA PULUH
jadi akakjie dengan my mr talldarkandhandsome decide g ke homestay...
buat makeover sket + cuci homestay bagi berkilat
jadinya....
berkampung la 4 beranak kat HOMESTAY RUMAH TIGA PULUH



dah duk berkampung kt homestay tu....
eheh cerah sangat pulak rumah ni...ngomel akakjie dalam hati
(akakjie ni mata tak tahan silau)
Cakap kat my mr talldarkandhandsome....
jom kita pasang tinted kat tingkap umah ni la nak?
Huishhhh...bile lak nak cari org pasang lagi..nak cari kedai lagi...mahal gak tu...
bebel my mr talldarkandhandsome
Ehehhh...kita beli kat mr diy je...ada jual...
jawab akakjie penuh confident tahap wakil rakyat bg manifesto sebelum PRK kih kohhh....
Pasang sendiri???..
tanya my mr talldarkandhandsome
Ye lah weh....mu kan hebat...jawab akakjie
Ok jom!
Lebiu lah my mr talldarkandhandsome *muahciked*
heee


Lepas dh buat pasal anggaran ukuran dan kira2 bajet 2016
Maka bersiaplah akakjie dan my mr talldarkandhandsome serta dua battalion bala tentera  budak kenit tu menuju ke medan perang mr DIY di KIP Mart Batu Berendam.
Eh ape da jauh nya g...
Bkn apa..akakjie dh penah g mr DIY yang dekat KIPmart ni...sini banyak pilihan hokey....


Ha nah...banyak pilihan kan???

Akakjie tunjuk gambar tinted je lah...
nak gambar barang lain..tunggu entry pasal barang berkenaan lah ye...
lagipun tak gigih akakjie nak amik gmbr dengan dua budak kenit ni...
Yang girl sibuk sama menyoping *nanges*
Terserlah sgt kewanitaan kau nak....
Yg kecit ni akakjie dokong...bkn nye reti diam...
my mr talldarkandhandsome pilih la sensorang yeee...
akakjie tolong angguk kepala je..kihkohkoh


ada byk size dan byk harga juga
akakjie amik yg saiz 200cm x 45cm
paling kecik...RM9.90 muat la nk pasang kt tingkap homestay tu
lepas tu ada saiz 200cm x 60cm harga RM19.90
saiz 200cm x 90cm harga RM29.90
saiz 200cm x 120cm harga RM2.6 bilion.
Ok TIPU!
Tak igt dah rege yang seterusnya...
*nanges*

Esoknya
Bermulalah aktiviti DIY my mr talldarkandhandsome
Bagi je apa-apa keje2 diy kt laki akakjie ni....
tak yah makan sehari pun takpe dia ni...
sampai dia penah cakap
“saya rasa nak keje kat kedai DIY lah”
T_T
Nampak tak dia punya minat yang mendalam terhadap kerja-kerja DIY?




tadaa....




hekeleh...mendemende la makcik ni..
kata pasang kt tingkap..ni sliding door!
kat tingkap dh pasang...(gambar je yg tadek)
ada berlebih tinted tu kekdahnye...banyak lagi....
jangan bazir Allah marah
jadi
pasang la kat sliding door..
bagi efek rumah nampak macam bank *eh*

akakjie nak beli yg frosted tapi da abis stok..
amik yg corak jalur halus2
dari kejauhan ku panjatkan doa nampak macam frosted juga kan?
ok lah...tak lah silau mata akakjie lagi dah....
pasang tinted ni rumah still cerah...
tapi dia dh pecahkan cahaya tu tadek la cahaya tu masuk direct
paham ke idok??



sama je kekdahnye macam pasang tinted kete
ukur-potong-taruk air sabun kat tingkap-bukak lapisan pelekat-tampal kt tingkap-tolak air sabun-siap
(lepas ni tinted kete kita buat sendiri ye my mr talldarkandhandsome..kehkeh)

my mr talldarkandhandsome buat dalam sejam setengah je 
untuk 7 keping tingkap
super power btl laki akakjie
bg je DIY apa-apa..in sha Allah settle
sampai kadang2 akakjie rasa dia bukan orang
tapi 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
GAVAN!





~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie

Wednesday, 2 September 2015

rambut sikat tepi

annas bin shahromnizam. 
rambut sikat tepi. 
semoga kamu baik-baik saja ye anak.
 jangan buli kakak ye.

siti hawa binti shahromnizam. 
rambut sikat tepi. 
jangan garang sangat macam pengawas sekolah.

~rindu anak~


~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie