Tuesday, 17 November 2015

ANNAS

Surah An-Nas 
 Surah An-Nas (bahasa Arab:النَّاسِ, "Manusia") adalah surah penutup (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang berarti manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah adalah anjuran untuk manusia memohon perlindungan kepada Pemerintah, Pemilik dan Pemelihara nyawa seluruh umat manusia, Allah, dari pengaruh hasutan jahat (setan) dalam diri.


selamat hari lahir annas bin shahromnizam
you completed me
thanks Allah
Alhamdulillah

annas - fresh from oven - 13.11.2014 -11.15pm - 3.5kg

hai semua!!!
Inspirasi nama ANNAS daripada surah an-nas
 Cukuplah
Tak payah panjang-panjang
Nama budak-budak ni memang sengaja akakjie ng husband letak pendek
Cukuplah nama diorang ada maksud yang baik
Akakjie tak suka nama timangan anak-anak ni nanti disingkatkan
Jadi, letak nama pendek, nama timangannya nanti pun still nama asalnya
i.e Fatimah jadi fety – timah – fet – tim dll – oh no no no!!!!!
nama siti hawa, nama timangannya hawa
(siti hilang – tapi hawa nya masih dalam sebutan penuh)
nama annas, nama timangannya annas juga
dalila je yang suka panggil nanas!
Dalila!!! No!!!
Lagipun kesian nanti nak sekolah tulis nama panjang-panjang
Nanti nak exam, habis masa untuk tulis nama je
Cukuplah nama abah dia je yang panjang
Heee
Yang bagi nama anak panjang-panjang tu, jangan pulak kecik hati
Terpulanglah
Pendapat masing-masingkan?
Asalkan nama yang diberikan bagi maksud yang elok
Sebab nama juga jadi doa untuk anak-anak
Eh?
Nama pendek je
Tapi huraiannya bukan main panjang
Nak cerita harijadi je pun
Alahai
heee
 
budak satu tahun - ni semua kerja dia
Dah satu tahun umur adik baby
Panggil dia adik baby, automatik dia jadi manja melentok-lentok
Hilang terus ke’brutal’an nye
Hihi
Rasa baru je lagi ‘beranakkan’ dia
Alhamdulillah setakat ni membesar dengan sihat dan pesat
Cuma mak ngan abah kesabaran kena lebih sikit
Sebabnya annas ni ligat bukan main
Beza dengan kakak hawa
Kakak hawa sentimental lebih
Haha
Oklah kakak kan gegirl 

tumpahkan air masak 1 botol, lepas tu berenang

Sempena birthday annas
Gigih mak membaking sendiri kek harijadi adik
Bertemakan construction
Haha…mesti abah stress tengok kek ni
Keje tengok construction
Nak makan kek pun tengok construction jugak
Sabar ye abah
Kikiki

kakak hawa - tukang potong kek
 Memandangkan budak yang diraikan tak paham apa pun lagi
dia berjaya menampar jepun kek masa nak ambil gambar
geram kot tengok toys yang bertenggek atas kek tu
T______T
Jadi kerja-kerja memotong kek diserahkan pada kakak hawa
Gud job kakak hawa!
Sebab dia yang excited lebih sebenarnya

selamat hari lahir annas bin shahromnizam
Semoga jadi anak soleh
Membesar dengan sihat
Jadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat

bersilat mak nak menahan tangan annas nak mengambik toys..hadui

Nota kaki :
Kekosongan homestay untuk bulan Disember dah makin terhad
Bulan November pun dah ramai juga yang nak booked
Ada sesiapa nak booking?
Meh call/msj/wasap akakjie eh 012-3370802
 
bye
~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie
 

  (disclaimer : entri ini adalah entri tertangguh yang sepatutnya dipublishkan pada 13.11.2015 sempena harijadi birthday boy annas. Kelewatan adalah di atas sebab kemurungan kebizian.terima kasih)

 

 

 

 

Thursday, 5 November 2015

PROMOSI JIMAT HOMESTAY AYER KEROH - SEMPENA CUTI SEKOLAH

SEPERTI YANG DIJANJIKAN
TERIMALAH!!!!!
HARGA PROMOSI 

2 HARI 1 MALAM - RM170.00
3 HARI 2 MALAM - RM300.00 (RM150/MALAM)
4 HARI 3 MALAM -  RM420.00 (RM140/MALAM)
5 HARI 4 MALAM - RM520.00 (RM130/MALAM)

LEBIH BANYAK MALAM LEBIH JIMAT 

PROMOSI SEPANJANG CUTI SEKOLAH HUJUNG TAHUN
(21.11.2015 HINGGA 3.1.2016)
TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT 

HUBUNGI :
SHAHROM - 012 938 6090
AZIZAH - 012 337 0802 


pat...pat...siku lipat...
sape cepat dia dapat...

sekian pantun 2 kerat akakjie 
bye
~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie

Tuesday, 3 November 2015

WORDLESS WEDNESDAY


PROMOSI
PROMOSI
PROMOSI
PROMOSI
PROMOSI
PROMOSI
PROMOSI


nak bagi diskaun
Jumaat nilah akakjie umum kan ye
bye 



~jumpa jumaat nanti~
love.akakjie
      

Monday, 26 October 2015

Kenapa Tiga Puluh?

Salam,
hai..jumpa lagi..

lama tak update blog
dalam draft folder dah banyak
bukan banyak entry
banyak tajuk
heee 

mungkin ada yang tertanya-tanya 
ada yang nak tanya
tapi mungkin malu-malu nak tanya
kehkeh 
kenapa nama blog ni rumah tiga puluh
nama homestay pun rumah tiga puluh

ehh...memandai
entah-entah orang tak heran pun

takpe........
takpe...
 
bawak bertenang sume
jangan gaduh-gaduh
jangan bertumbuk
tak tanya pun tak pe
nak bagitau jugak la sebab musababnya

yang sebenarnya rumah homestay tu no.30

setelah bergaduh bertumbuk berbincang bagai
 akakjie ng my mr talldarkandhandsome pun sepakat la
  namakan homestay kitorang RUMAH TIGA PULUH
jadinya blog ni pun namanya RUMAH TIGA PULUH

ok tu je sebabnya
bukan la sebab kitorang ni obses dengan filem-filem seram malaysia
i.e blok 404
lol
kalau gitu baik bagi je nama "rumah sewa RM50"
tak pun
"villa nabila"  tukar jadi "villa akakjie"
kikiki
~merapu~


ok dah tu je
boleh sambung gaduh balik


RUMAH TIGA PULUH


pesanan :

cuti sekolah dah dekat
mari mari mariiiii!!!!
sape nak booking untuk cuti sekolah nanti
sementara masih ada kekosongan 

rasa macam nak buat promosi
ada yang berminat???
nantilah akakjie announce ye
 

~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie





Wednesday, 30 September 2015

October Please Be Nice To Me

Hi Oktober..
semoga kamu baik-baik saja.

Babai September..
yang memilukan.

Perit jerih bersama September 
semoga menjadi kekuatan untuk oktober yang mendatang
november, disember dan seterusnya.....sila baik-baik juga ya!

anak-anak syurga demam berjemaah T_T

kekasih ke syurga pulak excident 

 abah demam + beguk 

Semoga ujian dari-Nya menguatkan kita - semua
ameen ya rabb 

~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie







Wednesday, 23 September 2015

SALAM AIDILADHA



https://lh4.ggpht.com/m9jnT568TdiWEvzTnK1g8ZTfceLYci15uDL_t0VCubQ1V4u9uK-NHR7JBlZQveaabS8=h310

hati memandu pada yang balik kampung
yang tak balik kampung pun hati-hati juga

akakjie pagi-pagi raya baru balik
nak balik hari ni macam jem je
macam lah esok tak jem
harap-harap tak jem lah

tapi
kalau tak jem...
tak meriah la raya
bila jem tu yg fefeeling raya menusuk ke jantung

http://strawberry-recipes.net/wp-content/uploads/2012/07/freezer-strawberry-jam-recipe-picture.jpg
jem stoberi
bukan jem ni!!
ko pehal???
ailio meleleh?? ...
lap cepat!!!



traffic jammed
ha jem yang ni lah
ok??
best??

SALAM AIDILADHA SEMUA
~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie