Monday, 6 March 2017

LURAH BILUT

 Assalamualaikum
hai
jumpa lagi

Minggu lepas makincik anak beranak balik kampung pakincik di bentong
Saja balik ziarah mak dan abah
So x de la plan apa-apa
Duk rumah jelah
Adik beradik pakincik pun x de yang balik
Kami anak beranak je

Hari ahad pagi tu bapak metua makincik nak g ke kebun
Bapak metua ajak kitorang g sama
Ok jugak tu...xde aktiviti apa nak buat
Budak-budak ni duk main lego je kat rumah atok
Bosan main lego dorang tengok tv
Bosan tengok tv dorang tengok you tube
Bosan tengok you tube dorang bantai bergaduh
Haha

Makanya
Marilah anak-anak kita ke kebun
Meh mak ngan abah korang ajar jadi orang kampung yang real punya
Selalu ke kebun sekangkang kera tepi rumah je kan
Kali ni kita g kebun yang berekar2 pulak ye...

Kebun mak abah metua makincik ni kat felda lurah bilut
Jalan bentong nak hala ke raub
Laluan utama ke kelantan
Jalan ni kalau time musim raya...mak aiiii dia punya jammed
Fuhhhh
Tak terucap dek kata2

Sampai kat kebun
Bawak budak2 ni meredah sawit nak g ke anak sungai
Dorang tak tau kebun atok ada anak sungai

Pakincik dukung annas
Leceh nak suruh dia jalan sendiri
Semak ngan lecak jalan nye sebab baru lepas hujan
Makincik memimpin anak dara 
Ya rabbi penakut nya anak dara tu
hegeh hegeh jalan
budak tak pernah masuk hutan lah katakan
Stress pulak makincik
Haha

Sampai je kat anak sungai
Pak incik nak letak annas dalam air tu
Dia boleh menangis sekuat hati
Duk jerit "taknak taknak akutttt"
Adui la anak
Mak ko masa kecik x payah suruh pun masuk paya
Masuk je sendiri 
Tau2 kena perambat balik je ngan opah
Sebab berkubang x ingat dunia
siap tebang pokok pisang orang buat rakit
sauk ikan pastu bakar pastu makan
ha rare tak?
hahaha
Abah pun sama...
dulu rumah nenek dekat dengan air terjun lentang
Jadinya segala mak nenek sungai jadi mainan abah je masa kecik



Nampak tak budak annas penakut
Masa ni pegang mak x nak lepas
Kakak hawa steady
Sampai je terus masuk sungai main air
Nampak kakak main air barulah dia ok sikit




Ha masa ni dah ok
Seronok dah main
Sampai basah lencun
Dah la tak bawak baju

Anak sungai ni kalau musim tak panas ok la
Kalau musim panas kemarau..kering air nya
Masa kitorang datang ni ok
Cantik air nya jernih
Cuma semak sikit
Atok kata nanti atok bersihkan semak semak tu
Lain kali boleh datang lagi
Kita mandi pulak kat sini
Weeeehoooo

Lama jugak la budak budak ni dapat main air
sementara tunggu atok ngan nenek g kutip labu ngan pisang


haaa
masa ni la dia start buat perangai
menjerit jerit tak nak naik
nak main air lagi
oooo
jadi keje pulak nak menggu ko main air sampai puas ye dik
balik lah
lain kali kita datang lagi ye
biar korang berkawan dengan alam

tenang je hati ni kalau berkawan dengan alam kan
haishhh
tetibe rasa nak g lagi
rindunya bunyi air
bau tanah
bunyi unggas
bunyi angin
Allah hu akhbar

 
ni dah nak balik
semua dah kembali ke pangkal jalan
haha
tengok hawa duk menggaru
bintat satu badan kene cium dek nyamuk
haha
takpe nak
nyamuk hutan tak bahaya

ok lah moh kita balik
bye
~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie