Friday, 29 April 2016

SELAMAT HARI BURUH

 
 SELAMAT HARI BURUH UNTUK SEMUA BURUH-BURUH
TERMASUKLAH SAYA!!!!
CUTI!!!

HORAAAA HOREYYYYYY!!!!!!!!


bye
~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie


Tuesday, 19 April 2016

KABINET DAPUR PALLET - DIY

Assalamualaikum
hai
jumpa lagi

kau kat ofce tengah keje
tetibe suami kau tag kau kat fb cmni
uiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!
berbunga-bunga dalam hati!!!!!!!!
rasa macam baru jatuh cinta
hahaha
dah lama berhajat nak counter top
tapi tak dapat-dapat
sebabnya memikirkan rumah kitorang duduk tu rumah sewa
tak koser la nak buat counter top bagai
walaupun hajat dihati tu membuak-buak nak kitchen kabinet
namun ku pendamkan saja 


alih-alih
pak incik nekad juga untuk buat
yelah walaupun rumah tu hanya berstatus rumah sewa
tapi dah 7 tahun kot kitorang duk berumah tangga kat situ
dah macam rumah sendiri je rasa
kalau orang datang
semua ingat tu rumah kitorang sendiri
acah-acah tuan tanah kedaung
kikikiki 


 dia start buat hari jumaat pagi
petang tu balik dari kerja
dah dapat hasil camni
wah syabas iwk tnb jps pak incik
mak incik bangga punya suami yang hebak seperti pak incik
kan dah cakap
pak incik ni jelmaan gavan


sabtu tu pak incik buat tempahan perabot yang orang tempah kat bengkel
jadi takde apa-apa progress la counter top mak incik
balik dari bengkel
malam tu juga pak incik sambung mengecat counter top
cat clear water resistant je
bagi mengekalkan keseksian kayu kayan tu
kot cat kaler-kaler
nanti tak nampak pulak counter top tu buat dari kayu kan
  giteww kekdahnye
cat clear water resistant ni kena la sapu
ketidak kang jahanam kayu-kayu tu
kembang mereput la duk serap air
kalau taknak cat pun bolehhhhh
tapi ko makan luar lah tiap-tiap hari
nak elak counter top tu rosak
T____T
   
gigih pak incik buat sorang-sorang kat rumah
tak lah besar mana
sebab rumah apartment 8++ sq.ft je pun
jadi besar mana lah sangat dapur tu
kira selesa je la mak incik nak bersilat memasak untuk kitorang 4 beranak
tapi kalau family datang ramai-ramai
bersepai juga la dapur tu bila nak menyiapkan menu ala-ala kenduri



ni hasilnya bila dah cat clear

seksi kan??? glowing kan??
ira-ira kayu tu nampak makin menyerlah gitu
(abaikan sepah-sepah tu, buat-buat tak nampak)

hampir siap lah counter top ni
tinggal nak pasang para dan pintu je lagi
hari ahad tu kitorang g kenduri opismet mak incik
kenduri doa selamat
(kenyang bruppp bruppp brrruuuppp menu sesedap kate ko)
sebelum g kenduri sempat buat para dulu laki binik
haha
gigihkan
mak incik pun buat tau
apa ingat pak incik je pandai betukang???
kikiki
sikit-sikit boleh la...tebuk lubang, skru kayu
nak potong kayu belum lagi la
eh...tugas paling selalu mak incik kena buat nak tau apa...
menyamar jadi apit G
T___T

lepas balik kenduri sambung pulak buat pintu
g beli jaring ayam kat hardware
jaring ayam???!!!!!!!
ko da kenapa!!!!!!
.
.
.



eh budak
ko tayah nak buat muka terkejut sangat lah
gigit kang!

pintu counter top tu buat guna jaring ayam okeh
rare apa??
kikikiki
barulah nampak oldschool

akhirnya
siap la satu pintu
lepas tu
.
.
.
sedihhhhh
.
.
.
kayu tak cukup
pak incik kena beli stok kayu dulu la nampaknya
bukan boleh beli terus
tempat nak beli tu jauh
kalau nak beli kena beli banyak-banyak terus
kalau g beli sikit-sikit rugi  duit minyak je
jadi tergendala la dulu countertop mak incik tu
lagipun kena beli banyak kayu
sebab plannya nak buat sekali ngan wall rack

 ni lah hasil terakhir yang sempat pak incik buat
nampak tu??
pintu jaring ayam
selain berfungsi sebagai counter top
ko juga boleh bela ayam dalam tu
dan mak incik juga akan bela ayam dalam tu
iaitu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sadin cap AYAM!!!

cadangnya isnin atau selasa ni nak g memborong kayu
tapi!!!!
sedih lagi sekali
.
.
.
kenapa????
setelah 7 tahun  kitorang sama-sama mereput di rumah ni
akhirnya
kitorang dijadualkan akan berpindah pada pertengahan mei ni
(tak tau la sedih ke gembira,ok next entry will story pasal nak pindah okeh)
jadi cukuplah setakat ini dahulu progress kau counter top
terbengkalailah kau
huhuu
walaupun jodoh kita sangat sekejap wahai counter top
tapi aku gembira dengan kehadiran kau
dan aku percaya kehadiran kau telah berjaya menjeleskan isteri2 di luar sana
yang dah lama idamkan kitchen kabinet
tapi lakik dorang tak bagi
hahahaha
ok
terima kasih baca





bye
~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie



 





Tuesday, 12 April 2016

annas demam

haritu
kan annas demam
ada misteri kan kononnya
.
.
.
.
lepas hawa dah baik demam
sambung ke annas pulak

mula-mula bagi ubat demam yang ada dalam esbok je
tapi tengok tak kebah-kebah pun
lagi pun dia demam pakej 3 hari 2 malam batuk selsema sekali
bawak la ke klinik
doc pun bagi la ubat
ubat demam dengan antibiotik
memandangkan dia belum 2 tahun
tak boleh makan ubat batuk + selesema
makanya
doc bagi antibiotic
lagipun dalam mulut dia dah ada 2 3 ulser
panas sangat cuaca sekarang kan

annas ni tak penah makan antibiotic lagi
so
doc pun pesan la
'puan pantau anak ye, sebab dia tak penah makan antibiotic lagi,
takut dia alahan or apa, jangan tinggalkan dia ye....
bl...bla...bla...' 
*mak incik akur* 

balik tu bagi la
alhamdulillah takde apa-apa
sempat la 2 kali bagi
malam esoknya sebelum tidur bagi lagi
dia dah ok
takde demam panas lagi
dedar-dedar je lah
main pun ok
tak meragam
tapi tulah
antibiotik kena habiskan kan??
walaupun dah tak demam 
lepas tu dia tido
hawa pun tido
tido awal malam tu
sekali ngan mak incik la tido awal
apak eh g melepak ngan kengkawan 

sekali
pukul 12 tengah malam tu
annas boleh bangun menangis melalak-lalak
setengah jam kot nanges non stop
hoih pening kepala jap
mujur pak incik dah balik
habis bukak baju sume
kot la kene gigit semut ke ulat ke
haram takde
mak incik dah risau kot alergic antibiotic
tapi dh kali ke 3 bagi kot
bukan first time
last-last ngaji zikir bagai baru dia tido

tapi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
pukul 3 pagi dia buat lagi
mujur la yang kali ke 2 tu kejap je
dalam 10 minit je
tapi risau juga la

agaknya kenapa ye???
kene sampuk ke?
tak kan kena sampuk kot dh setahun lebih dah
siap boleh main gaduh-gaduh ngan kakak dia dah kot
kan???
entahlah
wallahu'alam

 ni lah suspek yang nanges non stop tu
ni kalau demam merengek lain macam
orang tak demam pun rasa nak demam jaga dia


p/s:
misteri sangat kan
hahahaha
jangan kecam mak incik


bye
~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie

PERABOT PALLET DIY

salam...
hai semua...
jumpa lagi

nih nak cite la hobi pak incik
dia kan obses sangat dengan angelina jolie keje-keje DIY



ha ini la keje dia bila hujung minggu
semenjak dua menjak kebelakangan ni
asik la buat hal membuat perabot dari pallet
eheh...sonok akakjie
oder je apa
sume dapat
kehkeh

semenjak dua menjak ni jugak la kitorg tak berkunjung lagi ke ikea untuk mencari perabot
kehkeh
kurang sebatalion sekuarge pengunjung ikea
(eheh...macam la dorg kesah pun dak)

mula-mula dia buat suka-suka je
untuk buat hiasan rumah kitorang aje
tup-tup
alkesah masa dia kena langgar hari tu
ramai la yang datang menziarah 
ziarah punya ziarah 
terrrrberkenan la pulak kat hasil-hasil DIY pak incik
so
mereka-mereka ni oder la 
alhamdulillah 
rezeki jangan di tolak

nampak tak?
bila Allah uji kita
maknaNya ada hikmah
hikmahnya dari kemalangan tu
dapat la oder
heee
gituuuu


sudahnya mc 2 minggu dia bantainya bertukang kat rumah

T____T
.
.
.
.
.
.
.

ni task pertama dia buat masa mc - pagar untuk anak bujang yang makin melasak - tersengeh!ko ingat lawa buat muka cenggitu dik?haishhhh

balik keje tanjat akajie tengok dia buat pagar ni
memang dah lama oder dengan dia
mintak buatkan pagar ke dapur 
sebabnya
bila mak incik ke dapur...anak bujang tu nyebok sama
memunggah bawang, kentang segala mak nenek dipunggah
stresssss mak nak!!!
 sudahnya itu lah hadiah mak apak kau untuk kau dik
hahaha
memula nanges gak tak lepas nak ke dapur
sekali tala kamera ke muka dia - terus sengeh
dia ni pantang nampak flash kamera
tengah nages pun berenti jap sengeh
pastu sambung balik nanges
ape la ko ni dikkk
heeeee

eh
.
.
.
eh
.
.
.
.
eh lagi
sebenar nak tunjuk pallet work pak incik je kan??
apesal cite budak tu lak yg lelebih?
 heeee...
sowiiiii
jiwa mak-mak terlebih merasuk diri ni


ni antara perabot2 DIY yang dia buat
ramai yang oder storage box ni

senang nak simpang barang yang sukar dikemas
i.e ; mainan budak2
asal simpan-susun disepahkannye balik
mak ko kemas sampai 2 jam
dia bergabung kuasa 2 beradik
sekelip mata je bersepai balik
jadi
nak senang ini lah penawar yang paling mujarab di abad ini
campak je dalam storage ni
campak-campak-campak-campak dan campak
3 minit dah siap kemas
cantik di luar - sepah2 di dalam
nampak stylo bukan
haha 

moh mak incik belanje gambar hasil keje pak incik
ni nama nya oder bertingkek-tingkek
maklum la bila oder dah bertingkek, gini la jadinya
rumah sempit nak menyimpan barang-barang ni
kita susun la bertingkek gini
dari bawah : encik bench a.k.a bangku panjang, tengah encik rak tv mini, atas sekali cik storage box 

ni pulak pangkin ye
sebut betul-betullll
pangggggkinnnn
bukan pengkid ok
pangkin kecik, kakak ipar oder nak santai2 duk luar rumah katanya
sambil meneman suami bercucuk tanam

 ni cermin muka
pak incik punye kawan oder

ni rak kasut special oder
besor gabak kate ko
tapi ni masa tak siap lagi
yang dah siap entah mane gambonye

yang ni meja makan jepun
kawan pak incik oder
pakej ngan cermin muka tu

ni pun sekali
marah kawan pak incik
dia kata nak bangku untuk dia duk lepak isap rokok kt luar rumah
sekali sampai bangku ni
lawa sangat katanya
tak gamak nak letak luar rumah
sudahnya dia letak dalam rumah je
kikikiki

 ok ni takde sape oder
pak incik buat untuk rumah sendiri
meja jepun tapi ada bangku
sebab rendah
jadi tempat budak dua beradik ni main panjat2 sudahnya
T____T


ni rak tv meja kopi ngan bangku
pak incik buat letak kat homestay kitorang

ni je lah dulu
nanti-nanti kalau rajin mak incik hapdate lagi ye
banyakkkkk lagi produk pak incik buat
kalau nak oder wasap la pak incik ye 
012 938 6090
nama dia shahrom
jangan lak korang panggil pak incik
terkejut boboy tu kang
haha
boleh request design, n ikut bajet korang nak
ikut kesesuaian la
jangan la kata bajet 100 nak suh buat kitchen kabinet pulak
babap bontot nanti!!!
T_____T

p/s :
ini adalah entry tertangguh
bukan sebulan
bukan 2 bulan
bukan 3 bulan
tapi berbulan-bulan
terima kasih baca!

bye
~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie