Wednesday, 20 January 2016

PERSONAL SHOPPER MELAKA - IKEA - BATCH PERTAMA TELAH DIBUKA

Assalamualaikum
hai
jumpa lagi



mari...mari...mari!!!!!
batch pertama untuk Ikea Personal Shopper dah dibuka
untuk yang kali pertama ni dibuka khas untuk orang-orang Melaka ye
next time mungkin ada untuk negeri-negeri lain
bergantung pada permintaan lah ye
ikut kesesuaian lokasi
kot-kot ada yang call akakjie nanges-nanges meratap merayu
mintak hantar ke nismilan ke pahang ke perak ke johor ke
akan dipertimbangkanlah
(phewwww..........)
jgn pulak suh hantar ke sabah sarawak 
(pos barang2 kecik boleh la kot)
akakjie yang nanges
huhu

orang-orang Melaka!!!
cepat 
meh cuci-cuci mata kat sini

macam mana nak oder???
 ok meh akakjie bagitau macam mana nak oder
senang je
.
.
.
1. korang buka katalog ikea ni 
(tengoklah mana-mana barang yang berkenan dihati
kalau barang tak berkenan, tapi duik kepok-kepok tak tau nak buat apa, nak beli jugak
bolehhhhh......silakan...heeee)

2. Screenshot
(dah jumpa pujaan hati dalam katalog tu, korang screenshot lah barang tu dan detail-detailnya
bukan apa - untuk mengelakkan risiko berlaku kesalahan dalam proses pembelian barang
nanti kalau salah - akakjie sedih - korang lagi la sedih) 

3. WhatsApp
(dah screenshot gambar pastu korang whatsapp kan ke akakjie 012 337 0802 / hasben akakjie 012 938 6090 boleh jugak kalau nak mesej / email - ramli_azizah@yahoo.com
tempahan melalui surat menyurat adalah dilarang keras ye!
errr...ada yang nak tulis surat ke???)
T_______T

4. Tunggu pengesahan dari kitorang
(lepas korang whatsapp kita akan berurusan untuk pengesahan selanjutnya  melalui whatsapp je ye 
i.e barang, pembayaran, penghantaran, lokasi self pick-up, khidmat nasihat, gosip mak jemah eh fasha sandha dah cerai ng jejai ye??? dll) 

ok dah selesai proses oder-mengoder
lepas tarikh tutup akakjie ngan hasben akan gi berperang shopping kat Ikea
dan akan hantar barang2 tempahan pada korang di lokasi2 yang dah ditetapkan
(seperti yang ditawarkan dalam iklan di atas tu ye)
korang tunggu lah akakjie kat lokasi tersebut dengan hati yang berbunga-bunga riang
lepas ambil barang 
apa lagi
balik la 
hias rumah cecantik
gitewwwww

ni adalah contoh kejadian di hari pembelian
suspek dalam gambar dah surrender nak jalan sendiri
kikiki...tak larat katanya
ingatkan gagah perkasa sangat lari2 dalam ikea...tewas juga akhirnya
2 troli tu barang sendiri je...yang dekat kaunter self pick-up ada lagi tu
gila! haha
masa ni tak wujud lagi personal shopper bagai
(tak wujud atau aku yang tak tau kewujudannya..huhu) 
gigih angkut 2 orang askar wataniah tu soping
tapi jangan tertipu 
ni beli barang2 masa mula2 nak buat homestay
haruslah banyak barang nya kan?
sekarang dah taubat
paling banyak pun beli setengah troli je
k
.
.
.
tak caye sudah!!!
T_____T


jangan lupa shopping ng akakjie


bye
~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie

Wednesday, 13 January 2016

PERSONAL SHOPPER MELAKA - IKEA



belanja gambar sikit
heeee
tunggu ye orang-orang melaka 
sikit je lagi 



bye
~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie

Tuesday, 5 January 2016

PERSONAL SHOPPER MELAKA - IKEA

   PERSONAL SHOPPER MELAKA - IKEA   

Assalamualaikum
hai
ha kau siap buat warna tema ikea lagi
kihkihkih

akakjie nak survey ni
ada ke yang nak oder kalau akakjie nak jadi Personal Shopper untuk orang-orang Melaka??
kalau ada
akakjie nak lantik diri sendiri ni jadi personal shopper korang
heee

nantilah
masih dalam perbincangan bersama business partner akakjie
tak lain tak bukan
hahaha

nak buat kertas kerja.....
nak buat kertas kerja.....
nak buat kertas kerja.....
nak buat kertas kerja.....
nak buat kertas kerja.....
nak buat kertas kerja.....
nak zzzzz......

eheh




 http://cliparts.co/cliparts/kc8/oLk/kc8oLkyji.jpg
Nota kaki:
jangan lupa oder ye orang-orang melaka =)
dah boleh survey dah barang apa nak beli
takyah susah-susah nak gugle 
nah akakjie bagi link katalog

bye
~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie

    

Monday, 4 January 2016

Permulaan 2016

Assalamualaikum
hai
hari ni hari first bertugas di tahun baru 
2016
macam mana semua?
ok?

akakjie pagi2 dah bersilat
hari ni first day hawa dan annas di hantar ke taska
sebelum ni hantar ke rumah pengasuh (jiran je)
memandangkan pengasuh dah tak boleh jaga budak berdua ni atas sebab2 tertentu...
jadi akakjie pun decide untuk hantar bedua ni ke taska
biarlah belajar berkawan pula

punyalah cerdik mak dan abah budak berdua ni
firstday dua beradik ni nak dihantar ke taska
boleh pulak kitorang tak ambil cuti
huhuhu.....
itu yang bersilat pepagi hari
semua ok je kat rumah
tapi
.
.
.
.
.
sampai je taska
ada adengan drama sinetron 
T_____T 

halaalalalalala hai la anak
boleh pulak si hawa melalak
peluk bagai abah dia tanak lepas
hahaha
adik annas rilek je
dia kan macho
abang sado
abang kawasan
mana boleh nangis
haha
tapi dah dijangka pun
memang hawa yang akan menangis
almaklumlah anak girl ni manja terlebih
manja abah
apelah kakak
semangat nak sekolah berkobar-kobar
sekali nangis
harap-harap 
esok ok


encik 2016 
sila baik-baik saja ye!


nota kaki :
nampak nya balik petang ni kena upah kakak la


bye 
~Sampai jumpa lagi~
love.akakjie