Surah An-Nas
Surah An-Nas (bahasa
Arab:النَّاسِ, "Manusia") adalah surah
penutup (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas
yang berulang kali disebut dalam surah ini yang berarti manusia. Surah ini
termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah adalah
anjuran untuk manusia memohon perlindungan kepada Pemerintah, Pemilik dan
Pemelihara nyawa seluruh umat manusia, Allah,
dari pengaruh hasutan jahat (setan) dalam diri.
selamat hari lahir annas bin
shahromnizam
you completed me
thanks Allah
Alhamdulillah
|
annas - fresh from oven - 13.11.2014 -11.15pm - 3.5kg |
|
hai semua!!! |
Inspirasi nama ANNAS daripada
surah an-nas
Cukuplah
Tak payah panjang-panjang
Nama budak-budak ni memang
sengaja akakjie ng husband letak pendek
Cukuplah nama diorang ada
maksud yang baik
Akakjie tak suka nama timangan
anak-anak ni nanti disingkatkan
Jadi, letak nama pendek,
nama timangannya nanti pun still nama asalnya
i.e Fatimah jadi fety –
timah – fet – tim dll – oh no no no!!!!!
nama siti hawa, nama
timangannya hawa
(siti hilang – tapi hawa
nya masih dalam sebutan penuh)
nama annas, nama
timangannya annas juga
dalila je yang suka panggil
nanas!
Dalila!!! No!!!
Lagipun kesian nanti nak
sekolah tulis nama panjang-panjang
Nanti nak exam, habis masa
untuk tulis nama je
Cukuplah nama abah dia je
yang panjang
Heee
Yang bagi nama anak
panjang-panjang tu, jangan pulak kecik hati
Terpulanglah
Pendapat masing-masingkan?
Asalkan nama yang diberikan
bagi maksud yang elok
Sebab nama juga jadi doa
untuk anak-anak
Eh?
Nama pendek je
Tapi huraiannya bukan main
panjang
Nak cerita harijadi je pun
Alahai
heee
|
budak satu tahun - ni semua kerja dia |
Dah satu tahun umur adik
baby
Panggil dia adik baby, automatik
dia jadi manja melentok-lentok
Hilang terus ke’brutal’an
nye
Hihi
Rasa baru je lagi ‘beranakkan’
dia
Alhamdulillah setakat ni
membesar dengan sihat dan pesat
Cuma mak ngan abah
kesabaran kena lebih sikit
Sebabnya annas ni ligat
bukan main
Beza dengan kakak hawa
Kakak hawa sentimental
lebih
Haha
Oklah kakak kan gegirl
|
tumpahkan air masak 1 botol, lepas tu berenang |
Sempena birthday annas
Gigih mak membaking sendiri
kek harijadi adik
Bertemakan construction
Haha…mesti abah stress
tengok kek ni
Keje tengok construction
Nak makan kek pun tengok
construction jugak
Sabar ye abah
Kikiki
|
kakak hawa - tukang potong kek |
Memandangkan budak yang
diraikan tak paham apa pun lagi
dia berjaya menampar jepun
kek masa nak ambil gambar
geram kot tengok toys yang
bertenggek atas kek tu
T______T
Jadi kerja-kerja memotong
kek diserahkan pada kakak hawa
Gud job kakak hawa!
Sebab dia yang excited
lebih sebenarnya
selamat hari lahir annas bin
shahromnizam
Semoga jadi anak soleh
Membesar dengan sihat
Jadi anak yang cemerlang dunia
dan akhirat
|
bersilat mak nak menahan tangan annas nak mengambik toys..hadui |
Nota kaki :
Kekosongan homestay untuk
bulan Disember dah makin terhad
Bulan November pun dah
ramai juga yang nak booked
Ada sesiapa nak booking?
Meh call/msj/wasap akakjie
eh 012-3370802